Mee Tarik Warisan Asli Lake Field Sungai Besi

Agak lama juga tidak makan mee tarik di Restoran Mee Tarik Warisan Asli. Dahulu, tiap minggu makan di Restoran Mee Tarik cawangaan Bandar Baru Bangi. Tiap kali itu jugalah aku akan order menu yang sama – Wet Mee With Tomato & Egg. Sekali rasa, gian untuk selamanya. Rasanya lembut, ringan dan sangat simple. Tak terlalu heavy dengan 1001 jenis bumbu mahupun mak nenek bawang ahaks.

Baca: 100 Travel Blog Taglines Ideas & Example

Secara kebetulan, tadi ada urusan di Lake Field Sungai Besi. Asalnya mahu makan Ramen Cheese di Family Mart. Tapi, tiada tempat duduk. Apa yang dekat je lah. Itu yang menyinggah makan di Restoran Mee Tarik Warisan Asli. Alang-alang lam tak makan juga. Ingatkan menu kegemaran aku ini tiada. Sebab di cawangan IOI CityMall dan Kajang tiada menu ini. Rupanya diorang kelihatan ada pakej2 menu yang berbeza. Mungkin mengikut kepakaran tukang masak dan kebesaran restoran yang dibuka kot.

Baca: Makan di Black Canyon & Coffee Alamanda

Nampak gaya, masih wujud lagi menu kegemaran aku ini. Alhamdulillah syukur ahaks.

Tapi, rasanya harganya lebih mahal sedikit. Dahulu, kalau tak silap rasanya harga lebih kurang RM11 lebih sahaja. Kali ini naik kepada RM13 lebih. Mungkin dahulu atas sebab GST. Sekarang ini tidak tahu atas sebab apa. hahahaha.