Sudah Isytihar Pendapatan Tahun Taksiran 2017?

Aiyooo, terlihat salah satu iklan di banner Nuffnang mengenai pengisytiharan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2017 by Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Teringat pula halnya mengenai aku yang kini sudah join the club untuk bayar cukai pendapatan.

Alhamdulillah, tahun lepas aku settle di LHDN Bangi. Diorang ada buka kaunter khas. Jadinya, urusan semudah ABC je. Abe yang bertugas sangat-sangat membantu. Tahun ini, ingatnya aku sudah pandai. Cubalah isi sendiri di rumah dengan bantuan kawan. Lupa password lah pulak. Pengsan. Cuba trace via mobile dan email. Tidak boleh sebab katanya maklumat no mobile dan alamat email tidak berdaftar. Pening dibuatnya.

Asalnya aku call nombor hotline LHDN. Tidak berjaya bercakap dengan operator sebab sibuk katanya. Hairan, patutnya musim-musim orang nak isytihar pendapatan bagai ini, diorang tambah anggota ler. Okay, tak apa. Aku pun cuba PM di laman facebook LHDN dengan harapan mereka boleh repond pertanyaan aku sekurang-kurangnya dalam masa terdekat. SENDU dikkk. Non ado yang reply.

Aku buat pertanyaan pada 10 April, dijawapnya pada 23 April. Kiranya selepas 13 hari baru diorang reply pertanyaan aku. Takjub dengan kepantasan pegawai media sosial / aduan pertanyaan mereka. Sangat berbeza betul dengan perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan oleh KWSP / Tabung Haji. Sepatutnya agensi yang uruskan duit-duit ini kena pantas dan memberikan pengalaman pelanggan yang excellent. Sedih.

Sebab aku sudah pergi sendiri ke LHDN di UTC Kuala Lumpur dan telah selesai isi e-FILING pun…jadinya, aku jawap dalam sindiran je ler.

Sebagai rujukan, sekiranya kata laluan LHDN anda telah disekat, tindakan seperti di bawah boleh diambil:-

  • Jika mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila ke Terlupa Kata Laluan; atau
  • Jika mempunyai no. telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM, sila klik di sini untuk panduan permohonan Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS.
  • Hadir ke Cawangan LHDNM yang berdekatan.

Untuk pertanyaan, sila hubungi HASiL Care Line di talian 1-800-88-5436 (LHDN)