Wow, sementara menanti maghrib ini, tengoklah email di GMail. Dapat tawaran yang kononnya istimewa daripada Institut Terjemahan Buku Negara (ITBN) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Meriah dan rasa excited pula tengok hihi
Tapi masalahnya, buku apa je yang boleh dibeli dari ITBN nie? Jujurnya aku rasa macam tak boleh brain sangat. Based on buku-buku terbitan mereka yang aku tengok ada dijual di kedai buku ler. Tapi, tak tahulah kalau ada jenis buku yang lain. Sebab aku pun jenis memilih juga bab tajuk dan isi buku yang ingin dibeli. Kita tengok nanti macam mana. kot-kot ada yang berkenan dihati.
Berdoa sangat agar ada duit melimpah supaya aku dapat borong banyak buku yang berkenan dihati. Pencinta buku yang tegar katanya.
Apapun, aku sangat berminat untuk membeli buku The Patriot. Sebab aku pembaca tegar blog mereka. Just wonder, entah apa isi buku terbitan mereka.
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018
Tarikh: 27 APRIL – 6 MEI 2018
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Masa: Isnin – Khamis (10 pagi – 7 malam) | Jumaat – Ahad dan Cuti Umum (10 pagi – 9 malam)
Negara Tamu: Arab Saudi
Negara Tamu: Indonesia
Negeri Tamu: Kedah
- Pameran Kandungan Digital: BACA World 2018 (27-29 April 2018, Dewan Merdeka PWTC)
- Pusat Dagangan dan Perlesenan Hak Cipta: KLTCC (30 April – 2 Mei 2018)
- Konvensyen Penulisan Kuala Lumpur (5 Mei 2018, 8 pagi – 6 petang)
- Ruang Karyawan dan Pembaca: REHAT & BACA (Aras 4, PWTC)
- Anugerah Kulit Buku Cantik: Maklumat lanjut rujuk FB Anugerah Kulit Buku Cantik
- KL Baca! Kuala Lumpur ke arah Ibu Kota Buku Dunia 2020 : Rujuk FB KL Baca
Maklumat lanjut mengenai pesta buku: www.klibf.my