Keputusan Semester Dua

Alhamdulillah, keputusan bagi semester dua telah diperolehi. Hurmmm, macam mana nak cakap ek? Sesuatu yang tidak diduga. Semester dua ini, aku ambil 3 subect iaitu – Organizational Communication, Comunication of Decision Making & Theory & Practice of Communication.

Ramai yang kata (senior dan rakan se-batch) subject Organizational Communication paling susah. Sebab perlu cover terlalu banyak topik. Setiap minggu pula, pelajar perlu buat pembentangan akan topik yang diberikan pada ketika itu juga. Menurut senior, semester lepas tiada pelajar yang mendapat A. Tapi 2 semester lepas ada 2 orang. Agak jarang dan susah untuk seseorang itu memperoleh markah A katanya. Entah… itu hasil penilaian rakan taulan. Aku memperolehi A- untuk subjek ini. Tergamam sebentar sebab rasa macam tak yakin mana tatkala menjawab soalan final exam tempoh hari. Bayangkan, perlu menjawab 3 soalan (20 markah tiap satu) dalam tempoh 1 jam setengah. Memang menggigil tangan nak menulis. Cakar ayam jawapannya haha. Apapun alhamdulillah, lepas dengan jayanya.

Baca: Cuti-Cuti Malaysia : Jom Ke Kuantan, Pahang

Untuk subject Theory & practice of Communication pula, aku memperoleh A- juga daripada antara pensyarah kegemaran ramai (katanya). Langsung tidak stress menghadiri kuliah daripada lecturer ini. Stail mak-mak dan kakak-kakak. Macam itu lah. Dia akan banyak bercerita dan menyesuaikan pembelajaran dengan contoh-contoh yang real. Bab lecturer tidak stress. Tapi bab menghadapi karenah sebab tersalah pilih kumpulan yang mengendalikan task yang susah – Audit. Aiyoo, banyak betul kerja yang perlu dilakukan. Daripada mula sampai tamat, rasanya it is all about audit. Never ending jobs. Apapun, alhamdulillah, segalanya baik-baik belaka. Dapat juga A- kan. Rasanya sebab task audit yang mencabar itu pun banyak membantu perolehan markah / gred yang aku perolehi. Dan, aku pun memang gigih menjawab soalan pada final exam hingga ke helaian terakhir. Kau mampu?

Aku rasa stress dan terkejut membaca keputusan Communication of Decision Making. Boleh pula aku dapat B+??? Apa salah aku? Aku buat semua task, assignment, presentation, hadir semua kelas (kecuali minggu kedua) dan hadir di kedua-dua lawatan korporat. Aku yakin menjawab dengan baik soalan yang diajukan pada masa final exam. Aku ingatkan dapatlah A- atau A. Tapi, nan ado..aku dapat B+ je. Tak cukup panjang kot gorengan aku pada final exam. Aiii, macam mana lah aku nak menghadap lecturer itu semester hadapan. Dia mengajar aku untuk salah satu subjek yang aku pilih. Hati tak tenang.