LOKASI DAN SEJARAH HO CHI MINH CITY VIETNAM

Bandaraya Ho Chi Minh merupakan sebuah bandar terbesar di Vietnam. ia juga turut dijadikan sebagai hub ekonomi dan budaya bagi negara ini.Pada asalnya, ia merupakan wilayah Kemboja sehinggalah bangsa vietnam mentadbir sendiri bandar ini pada abad ke-17.

Apabila Perancis menjajah Vietnam pada abad ke-19, mereka telah menjadikan Saigon sebagai bandar kaloni yang baru sehinggalah Perang Vietnam tercetus.Nama Saigon kemudian ditukar kepada Ho Chi Minh City setelah pihak Komunis mengambi alih pentadbiran Vietnam pada tahun 1975.

HCMC ini terletak kira kira 1,100 Kilomiter dari selatan Hanoi (Ibu negara Vietnam sekarang) dan berhampiran dengan Delta Mekong. Hotel kami terletak dihadapan Delta Mekong rasanya. Teringat dahulu, cikgu Geografi selalu cakap pasal Delta Mekong ini. Rindu kepada Cikgu Izaty nie. Kerana hadiah kotak pensil dia inilah telah membuatkan aku top student untuk subject Geografi untuk Tingkatan 1 – 3. Hurmmm..

Iklim tropika HCMC ini terbahagi kepada 2 musim iaitu musim hujan pada bulan Mei – November dan musim kering pada bulan Disember – April. Suhu purata bandar ini ialah 28 darjah celcius. Kadang kadang suhunya boleh mencapai 39 darjah celcius pada kemuncak musim kering atau jatuh kepada 16 darjah celcius pada bulan Disember. Aku sendiri agak kuatir dengan suhu HCMC ini. Bandaraya ini juga mendapat purata 70 inci hujan setiap tahun dengan kelembapan purata 75%. Risau untuk diri sendiri dan juga yang lain. Harapnya semua OK. Jadi, perlu bawa payung dan juga topi.

Pengangkutan teksi di HCMC ini boleh dikatakan murah dan selesa. Pastikan menaiki teksi yang bermiter sahaja. Tambang teksi di sini ialah kira kira 15,000 dong (RM1.50) untuk kilometer pertama dan ditambah dengan 9,000 dong (RM0.90) untuk setiap kilometer seterusnya.

Xe om atau motosikal teksi adalah salah satu pengangkutan yang paling mudah dicari disini.Pemandu akan membekalkan topi keledar untuk dipakai oleh penunggang di sepanjang tempoh perjalanan.

Dikatakan jika anda berada dipusat bandar HCMC, digalakkan untuk berjalan kaki sahaja – dekat + jalan raya sesak.

Daya Tarikan :

  • https://www.denniszill.com/tempat-wajib-dikunjungi-di-ho-chi-minh-city-vietnam/
  • https://www.denniszill.com/350/