Asal Usul Nama ‘Bangkok’

Bangkok atau dalam bahasa Thailand ‘Krung Thep / Krung Thep Maha Nakhon’ merupakan ibu kota dan kota terbesar di Thailand. Syurga makanan bagi saya sebab macam-macam jenis makanan ada. Datang bertandang semata-mata untuk makan sahaja. Shopping? Itu perkara kedua.

Kota ini terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya, dekat Teluk Thailand. Tahukah anda bagaimana nama Bangkok ini muncul? Apa asal usul nama ‘bangkok’?

Sumber : Payyourintern

Dikatakan, nama Bangkok berasal dari Bang Makok / Bang Koh.

Bang – sebutan dalam bahasa Thailand yang bermaksud bahagian tengah untuk kota atau desa.

Sumber: Wikipedia

Makok – nama dalam bahasa Thailand untuk Spondias pinnata /Spondias mombin / Elaeocarpus hygrophilus. Sejenis tanaman yang banyak ditanam di kawasan ini.

Koh – “pulau”, merujuk kepada suatu wilayah yang dikelilingi oleh sungai.

SEJARAH ARC DE TRIOMPHE

Tengok dari jauh seakan bangunan / pintu gerbang – Arc de Triomphe. Inilah salah satu mercu tanda Paris / Perancis.

Yang penting dikawasan Arc de Triomphe ini ….. jem merata rata. Aku tengok macam teruk je 🙂 Oh, inilah salah satu masalah negara maju – Kesesakan lalu lintas.

Continue reading “SEJARAH ARC DE TRIOMPHE”

LOKASI DAN SEJARAH HO CHI MINH CITY VIETNAM

Bandaraya Ho Chi Minh merupakan sebuah bandar terbesar di Vietnam. ia juga turut dijadikan sebagai hub ekonomi dan budaya bagi negara ini.Pada asalnya, ia merupakan wilayah Kemboja sehinggalah bangsa vietnam mentadbir sendiri bandar ini pada abad ke-17.

Continue reading “LOKASI DAN SEJARAH HO CHI MINH CITY VIETNAM”