Mohon Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan KWSP

Jenuh juga nak membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan nie. Tengok gaya macam gaji banyak. Tapi, sejak ada ansuran perumahan nie, macam ala-ala cukup makan je. Walhal sudah sehabis jimat dah. Aiii, memang kena bekerja hempas pulas mencari duit tepi gamaknya.

Dok tengok kawan, diorang guna duit KWSP untuk buat ansuran pinjaman perumahan. Ohh, boleh rupanya. Pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP memang boleh untuk tujuan membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau
pembinaan rumah. Sebelum ini pun aku memang guna akaun 2 KWSP untuk bayar deposit rumah. Tak terfikir pula untuk buat perkara yang sama. Alhamdulillah, semak baki akaun 2 mencukupi untuk ansuran bulanan sehingga 9 bulan lamanya.

Hajatnya nak buat permohonan secara online via e-pengeluaran di laman web KWSP je. Tapi tidak boleh sebab aku guna pemberi pinjaman perumahanan yang tidak tersenarai di bawah Nama Institusi. Nyesal pula guna Public Bank dulu. Baik lagi guna RHB Bank. Pengsan

Jadinya, aku perlu kemukakan permohonan di kaunter KWSP. Dengan kata lain, aku perlu dapatkan penyata baki pinjaman perumahan daripada Public Bank dahulu. Gigih lah aku pergi ke Public Bank Bandar Sunway untuk dapatkan penyata. Kena bayar RM20 + GST untuk dapatkannya. Ambil masa 1 hingga 2 minggu untuk proses katanya. Katanya diorang nak kena cari fail macam tu.

Lecehnya nak dapatkan penyata baki pinjaman perumahan ini, kita kena pergi ke cawangan bank yang menguruskan pinjaman kita. Sebab fail disimpan di cawangan itu.

Datang ke tingkat 1 (loan department) dan isi borang permohonan. Aku risau sebab hanya sekadar isi borang semata-mata. Miss yang entertain aku tu pun angguk-angguk je pertanyaan aku. Jadinya, dia pun offer dapatkan salinan MyKad dan cap jari. Senang sebab aku malas nak datang banyak kali in case kalau apa-apa hal berlaku kan.

Lepas diorang settle, aku kena datang ke Public Bank Bandar Sunway ini untuk dapatkan salinan original.  Apa yang sangat mengujakan disini ialah, sehari selepas permohonan dibuat, aku sudah terima panggilan daripada Public Bank Sunway untuk ambil penyata tersebut. Imprezzz dengan kecepatan dan kecekapan mereka.

Dapat je penyata baki pinjaman, aku terus ke KWSP Cawangan Seri Petaling. Proses mudah yang amat. Print penyata kewangan KWSP siap-siap dan terus beratur untuk ambil angka giliran. Tidak sampai seminit, nombor giliran aku dipanggil. Pengsan cepat amat.

Pegawai di Kaunter hanya minta MyKad dan penyata baki pinjaman perumahan je. Lepas tu diorang minta nombor akaun bank peribadi yang nak diorang masukkan. Berdasarkan kepada baki akaun 2 KWSP aku, boleh bayar sehingga 9 bulan lamanya. Jadinya, katanya selepas 15 hari nanti proses akan selesai. Notifikasi via SMS akan diberikan.

Insyaallah semuanya berjalan lancar dan nafas aku pun bolehlah kembali pulih untuk 9 bulan lamanya hihi. Semoag dimurahkan rezeki dari hari ke hari.

 

Buat Pemeriksaan Kesihatan

Seakan ada kekuatan pula sekarang ini untuk buat pemeriksaan. Rupanya, tiap kali penganjuran expo atau karnival atau seumpamanya, pihak penganjur mesti akan jemput hospital atau pusat kesihatan untuk buka kaunter pemeriksaan kesihatan. Which is good for me huhu.

Ini adalah pemeriksaan kesihatan ketiga yang telah aku buat setakat ini. Di Kota Kinabalu Sabah pada Disember tahun lalu, Desaru Johor pada Februari yang lalu dan kini di Kemaman Terengganu pula.

Bezanya ialah, di Kemaman ini kena bayar sebab swasta yang buka kaunter hihi.

Hasil pemeriksaan yang masih sama. Paras gula masih normal dan paras kolesterol masih lagi tinggi (pengsan). Kalau tak silap, paras kolesterol aku di Johor hari tu sekitar 26. Kali ini sekitar 24 camtu. Nak kena gigih kurangkan lagi kadar kolesterol kepada bawah 19 untuk normal.

Ini adalah carta untuk kadar gula, kolesterol, lemak etc. Kena upload aini untuk rujukan aku pada masa hadapan.

Harapan aku ialah untuk kurangkan lagi pengambilan gula dan sedikit demi sedikit kena kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak. Insyaallah.

Jom Kenali Antara Varieti Durian Popular

1. D2: Durian Dato’ Nina

Sumber: sixthseal.com

Ia merupakan salah satu varieti durian yang paling awal didaftarkan dan sederhana popular. Varieti ini telah didaftarkan kepada ‘Variety National Listing’ Jabatan Pertanian pada tahun 1934 oleh pendaftar yang tidak dinamakan. Keistimewaan buah durian varieti Datok Nina (D2) adalah kerana buah ini mempunyai isi yang banyak. Ramai peminat durian tidak dapat bekalan varieti ini kerana agak kurang ditanam masa ini dan bilangan buah yang dihasilkan juga sedikit.

Tempat Daftar, Asal: Ayer Molek, Melaka
Tarikh Daftar: 1934
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan kulit berwarna gangsa
Isi: Tebal dan berwarna kuning keemasan
Rasa: Lemak manis

2. D7

Sumber: animhosnan.blogspot.my

Durian varieti D7 tidak mempunyai nama varieti kerana ia hanya mempunyai nombor pendaftaran sahaja. Durian D7 didaftarkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1934 yang mana pokok induk itu berasal pada masa itu berada di Batu 11, Jala Kajang, Selangor. Tangkai buahnya adalah panjang tetapi varieti ini mempunyai kualiti simpanan yang rendah atau mudahnya cepat rosak selepas ianya gugur.

Tempat Daftar, Asal: Kajang, Selangor
Tarikh Daftar: 1934
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, berbentuk oblong
Isi: Berwarna kuning
Rasa: Lemak manis

3. D24

Sumber: duriansupplierexporter.com.my

Merupakan sejenis varieti durian yang sangat popular. Buah durian D24 tidak mempunyai nama khusus dan ia hanya dikenali dengan nombor daftarnya sahaja iaitu D24. Buahnya sederhana besar berbentuk bujur dengan warna kulitnya hijau muda. Ciri isinya adalah tebal dan berwarna kuning dengan rasa lemak manis dan sedikit pahit. Nyum nyum nyum

Tempat Daftar, Asal: Bukit Merah Reservoir, Perak
Tarikh Daftar: 30.11.1937
Ciri-Ciri: Terdapat ruangan pangsa tidak sempurna di tengah-tengah pangsa
Isi: Tebal dan berwarna kuning
Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak

4. D96: Bangkok A

Sumber: duriansubang.com

Varieti Durian ini amat jarang dikenali oleh petani dan peminat durian di negara kita. Buah durian varieti ini mempunyai saiz buah yang sederhana besar dengan kulitnya berwarna gangsa apabila cukup matang.

Tempat Daftar, Asal: PPK Serdang, Selangor
Tarikh Daftar: 12.2.1955
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan berwarna gangsa apabila matang
Isi: Tebal dan berwarna oren
Rasa: Lemak manis

5. D99: Durian Kop Kecil (Thailand)

Sumber: gsndev.org

‘Kop’ adalah dalam bahasa Thai yang bermaksud ‘Katak’. Dikatakan, varieti ini dibawa masuk dari negara Thailand dan ditanam dibeberapa lokasi di Malaysia.

Tempat Daftar, Asal: Thailand
Tarikh Daftar: 17.6.1970
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan bulat tetapi dempak di tangkai dan di hujung buah
Isi: Sederhana Tebal dan berwarna kuning
Rasa: Manis dan iranya halus

6. D123: Chanee (jenis Thailand)

Sumber: gsndev.org

Varieti durian ini diimport daripada Thailand. Dari segi kualiti didapati ia mempunyai isi berwarna kuning keemasan. Apabila dimakan memberikan rasanya yang lemak manis dan berbau kuat.

Tempat Daftar, Asal: RIM Nursery, Sungai Buloh, Selangor
Tarikh Daftar: 14.7.1971
Ciri-Ciri: Buah besar dan panjang, kulit berwarna hijau keperangan
Isi: Berwarna kuning keemasan
Rasa: Lemak manis dan aroma yang kuat

7. D132: Durian Eddie Special

Sumber: Animhosnan.blogspot.my

Varieti ini telah didaftarkan pada tahun 1973 oleh Pertab Singh daripada Rim Nursery, Sungai Buloh, Selangor.

Tempat Daftar, Asal: RIM Nursery, Sungai Buloh, Selangor
Tarikh Daftar: 28.3.1973
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau
Isi: Berwarna putih
Rasa: Lemak manis dan lembut teksturnya

8. D160: Durian Musang Queen / Buluh Bawah / Tekka / Chok Kiok

Durian Musang Queen adalah klon durian dengan kod pendaftarannya D160 berasal dari Banting, Selangor dan didaftarkan oleh pemilik asal pokok, Lim Hai Chua pada tahun 1987. Ciri khas durian ini dengan buahnya berbentuk seakan-akan simbol hati atau cinta, bulat lonjong, besar di atas dan kuncup di bawah serta lekukan pada pangsa.

Isinya berwarna krim kekuningan, tebal dan teksturnya halus pekat, manakala rasanya lemak manis, pahit dan bergas. Aromanya juga kuat, ulasnya besar dan empulurnya berongga, manakala kulit­nya tipis dan mudah dikupas.

Tempat Daftar, Asal: Banting, Kuala Langat, Selangor
Tarikh Daftar: 30.6.1987
Ciri-Ciri: Buah bersaiz besar, bujur panjang
Ciri Khas: Terdapat ruangan di tengah-tengah pangsa berwarna oren
Isi: Berwarna kuning oren
Rasa: Sedikit pahit dan lemak

9. D168: Durian Mas Hajah Hasmah Mas Muar / IOI

Sumber: pvpbkkt.doa.gov.my

Varieti ini juga dikenali sebagai IOI. ia telah didaftarkan oleh Hjh Hasmah Hj Hashim daripada Muar, Johor pada tahun 1989. Antara varieti yang banyak ditanam di Johor terutama di kawasan Muar, Tangkak, Jementah dan Kulai. Isinya sederhana tebal dengan rasa lemak manis dan sedikit pahit.

Tempat Daftar, Asal: Muar, Johor
Tarikh Daftar: 24.5.1989
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau perang
Isi: Berwarna kuning oren
Rasa: Lemak manis, sedikit pahit dan lemak

10. D197: Durian Musang King / Raja Kunyit / Mao Shan Wang

Sumber: Foodspotting.com

Dahulunya, varieti ini dikenali sebagai Raja Kunyit. Ia telah didaftarkan oleh Wee Chong Beng dari Tanah Merah, Kelantan pada tahun 1993. Pokok asal semasa bagaimana pun dipercayai berasal dari Muar, Johor sebelum ianya ditanam di Gua Musang, Kelantan dan kini meluas ditanam dengan meluas di Daerah Raub, Pahang.

Tempat Daftar, Asal: Tanah Merah, Kelantan
Tarikh Daftar: 9.12.1993
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau perang
Ciri Khas: Terdapat garisan bintang 5 yang ketara dibawah hujung pangsa
Isi: Berwarna kuning
Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak

11. D198: Durian Kim Hong / Golden Phoenix

Sumber: Warisanpetani.blogspot.my

Walau pun buah durian klon kim hong tidak terkenal dan semahal buah durian klon musang king atau buah durian klon duri hitam, tetapi ia mempunyai keistimewaan dan penggemarnya yang tersendiri. Ia tidak berasa muak apabila dimakan dan seorang penggemar boleh menghabiskan sebiji buah dengan sekelip mata.

Tempat Daftar, Asal: Batu Pahat, Johor
Tarikh Daftar: Mac 2013
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bujur, pangsa yang nipis
Isi: Berwarna kuning pucat
Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak

Sumber:

  1. http://animhosnan.blogspot.my
  2. Hmetro

Pertama Kali ke Axiata Arena

Wowww, tanpa dirancang rupanya akhirnya aku dapat jejak kaki ke Axiata Arena yang dahulunya dikenali sebagai Stadium Putra. Happy sangat dapat alami pengalaman yang tak pernah dimimpikan ini hahaha.

Aku datang pun sebab bertugas sempena program Himpunan Usahawan Bumiputera, HUB 2018. Ramai sangat pengunjung yang hadir. Katanya jemputannya adalah seramai 14,000 orang usahawan. Memang ramai dan full house. Sempatlah aku menyelit masuk tatkala program utama belum berlangsung hihi.

Oleh kerana big bos datang, aku pun berkesempatan datang ke kawasan VVIP untuk cop tempat bos. Wowww, dapat juga merasa pengalaman duduk di seat depan.

Macam ni lah agaknya penganjuran program-program besar yang dibuat disini. Sound system nya hebat. Gema yang buat bulu roma meremang.

Aku Suka Menulis

Aku suka dan sangat banyak bercakap. Tapi jauh disudut hati, aku lebih suka untuk menulis (menaip). Bagi aku, menulis adalah cara terbaik untuk bersyukur melebihi akan apa yang mulut mampu ucapkan. Sebab, dari situ kita boleh gambarkan indah dan perihnya sesuatu perkara melalui susunan ayat yang kemas dan teratur. Tentang segala apa yang kita rasa dibenar hati (katanya).

Dilain hal, aku bimbang kata-kata yang spontan boleh mengguris hati orang lain (secara sedar atau tidak). Risau sebab terlajak kata tidak boleh diundur. Sekurang-kurangnya, tersilap tulis, boleh dipadam hihi.

Sumber: Technonz

Tulisan ini adalah tentang apa yang aku rasa tatkala mulut enggan untuk berbicara.

Hanya kerana masa lalu tidak sesuai dengan yang yang kita inginkan, tidak bererti masa depan tidak akan sebaik apa yang kita bayangkan.

Moga semuanya sukses belaka.