Jalan-Jalan di Genting Highlands Premium Outlet

Cuti hujung minggu yang lalu, aku dan kawan-kawan pergi ke Janda Baik, Bentong Pahang. Konon nak mandi sungailah kan. Tapi harapan nan ado sebab air cetek. Agaknya sebab time sekarang ni ni kurang hujan / cuaca panas kot. Nak mandi macam mana kalau air sungai cetek huhu.

Jadinya, kami pun pergi melepak di Genting Highlands Premium Outlet (GPO) untuk feeling-feeling sejuk. Emmmm, tak sejuk jua yer hahaha.

Nak beli apa? Entah, aku pun tak tahu. Saja tengok orang lalu lalang. Ramai juga yang membeli belah dan gigih beratur di di luar pintu masuk kedai. Banyak betul duit diorang huhu. I is jealous okay.

Ikutkan hati memang nak beli kasut jenama Skechers. Sebab nampak macam selesa dan up to date je. Harga diskaun pun nampak lebih murah berbanding kedai biasa.

Tapi tulah, apakan daya hahahaha rasa macam boleh elak untuk beli lagi. Next time, insyaallah.

Tukar Tayar Kereta di Enkai Automobile Kajang

Sambungan daripada kisah tayar pancit di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tempoh hari. Tayar kereta kelihatan koyak rabak. Tak boleh ditampal. Jadinya, kena beli baru. Nasib baik keempat-empat tayar tu baru je ditukar. Jadinya, tidak ralat sangatlah kalau tukar sebiji je tayar hihi. Aci dok?

Sebenarnya, orang macam aku ni agak tuli bab kejuruteraan dan teknikal nie. Tak tahu nak bercerita sangat bab-bab kereta ni. Beli dan pakai je tahunya. Sebab tu kena pergi ke kedai yang bukan sahaja menjual, tapi juga boleh memberi pendapat dan pandangan bernas. Sesambil menjual, mengajar akan perkara berkaitan.

Kedai tayar Enkai Automobile nie dekat je dengan rumah aku. Rasa macam okay pula pergi kedai nie. Mekanik tu siap ajar dan bagitahu akan belebihan dan kekurangan jenama tayar sekian-sekian. Ko nak tayar yang macam mana dan bajet yang macam mana. Dia pun bagi penerangan itu dan ini. Kira okay lah kan.

Aku pun dah beberapa kali datang sini. Servis kereta (tukar minyak) bla bla bla pun kat sini juga. Sangat berbeza okay servis dan layanan yang diberikan kat sini berbanding kedai tayar di Semenyih yang aku pergi sebelum ini. Harga pun aku rasa macam murah. Siap kasi diskaun. Kalau mahal, dia kata mahal. Kalau murah dia kata murah. Lepas tu apa pro dan kontra nya. Penerangan yang meyakinkan.

p/s Tayar Viva Rina Natasya pun dah nak expired bulan nie. Lepas raya nanti, memang nak minta kena tukar baru. Pengsan.

Borong buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018

Alhamdulillah, cita-cita untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 tercapai jua. Dapatlah juga curi-curi masa berkunjung ke sini. Sujud Syukur terus dikkk. Kalau pergi hari cuti, mesti sesak dan berhimpit himpit dengan manusia kan. Jadinya, memang sedang elok sangat pergi time hari bekerja. Kalau sesak pun sebab rombongan budak-budak sekolah je pun. Not to worry mana.

Tiap rerurai pameran dan jualan buku aku pergi jengok. Kebanyakkannya agak kurang memenuhi selera aku. Nampak market macam lebih kepada kanak-kanak / budak-budak sekolah je. Novel memang banyak yang amat. Sana sini novel.  Nampak sangat aku ni dah berusia. Buku bacaan pun lain sudah hahaha.

Dalam banyak-banyak rerurai, aku hanya beli buku di rerurai Institut Terjemahan Buku Negara (ITBN) dan The Patriot sahaja. Sebab tawaran diskaun yang menarik dan genre buku yang menepati citarasa aku. Hajat dihati, memang nak memborong sakan sana sini. Tapi, tu lah. Keadaan kewangan yang agak tidak stabil sangat sekarang nie. Bajet untuk belian kali ini hanya RM200 sahaja. Nasib baik Okay. Andaikata rezeki banyak, maunya aku borong sampai ke RM500 lebih huhu.

Apa yang paling syok ialah aku dapat banyak diskaun untuk belian buku di ITBN. Paling imprezzz adalah diskaun sehingga 80% untuk buku Sejarah Matematik. Masyaallah takjub aku dibuatnya huhu. Happy.

TERUSSSS aku dapat 2 borang untuk cabutan bertuah. Harapnya, berjayalah yer. Mana tahu dapat hadiah best ke apa ke kan. Insyaallah amin.

Emm, Lagi satu, dok membeli buku banyak-banyak ni pun sebab cukai. Jadinya, tahun depan adalah benda yang boleh dituntut balik. huhu.

 

Malam Nisfu Syaaban

Apakah kelebihan malam nisfu syaaban?

Banyak kelebihan malam nisfu syaaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan),
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat)
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

7 KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda Rasulullahu SAW maksudnya:
pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan rahmatNyA dan para malaikatNya maka mengampuni Allah akan dosa-dosa hambanya.

Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar diserahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril, urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbangun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.
Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.

Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ”tahukah kamu malam apakah ini?”

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu

Berkata Baginda: Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.

6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:

Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan dihiaskan syurga.

Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

FAEDAH AMALAN PADA NISFU SYAABAN

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.

4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

#CopyPaste

Kredit: Rizal Hakimm

Kemaskini WordPress Secara Mobile

Masalah boleh selesaikan masalah. Haaa, akhirnya, masalah kesukaran untuk kemaskini blog via aplikasi mudah alih telah selesai. Aku guna WordPress versi Mobile. Update di browser je.

Pada awalnya, agak kekok juga. Tapi, aku puas hati sebab everything is fine. Serba serbi boleh update.

Jadinya, senanglah aku lepas nie. Boleh buat kemaskini blog at anytime anywhere. Agak-agak mood mengupdate tengah membara, banyak lah entry. Kalau tak, memang bersawang ler huhu. But, at least ADA.

Terus aku uninstall aplikasi mudah alih WordPress.

Salah satu dapatan baru yang aku tahu hari ini ialah, ada apps untuk resize gambar. Purata saiz gambar yang ditangkap via kamera smartphone aku lebih daripada 3MB rupanya. Saiz yang agak besar tu.

Maka, gigihlah aku browse Google Play untuk mencari Mobile Apps yang sesuai. Dapatlah ‘Photo & Picture Resizer’ ini. Look good dan komen yang pengguna berikan pun nampak okay. Bilangan download pun banyak.

Semoga berjaya.