TAMAN WETLAND SI BUAH PINGGANG PUTRAJAYA

Hari ini akhirnya sampai juga hajat housemate aku mahu beronggeng di Taman Wetland Putrajaya. Rancangan asalnya, kami memang mahu pergi pada waktu pagi. Tapi, siapa tahu hujan rintik rintik pulak. Macam tahu plak, aku memang mengantuk 🙂 So, kami tukar plan pergi Lowyat jap untuk usha tempat repair Netbook Power dia dan juga Kamera. Oh, pening juga rasanya cz lama tak pergi KL. Banyak sangat pembangunan. Lagi lagi di KL Sentral. Rimas aku dengan semua pembangunan ini. Habuk sana sini.

Berbalik kepada cerita Taman Wetland ini, kami pergi pada waktu petang. Area pukul 5petang. Jadi suasananya agak redup redup nyaman.Lucky kali ini langkah kanan, jadi kami tak sesat. 1st masuk, aku rasa macam tak terurus sedikit kawasan ini (dari segi pengurusan pelanggan). Mungkin sudah lewat petang, jadi penat kot (Think positive).

Kawasannya sangat Wetland 🙂 Cantik dan semulajadi (walaupun wetland ini adalah buatan manusia – katanya). Macam biasa, sewa basikal untuk hari minggu adalah RM4. Jadi, kami ronda ronda makan angin di kawasan Wetland ini.

Taman Wetland ini dikatakan diilhamkan apabila Kerajaan mahu membina Putrajaya yang dikelilingi oleh rangkaian tasik buatan manusia. Pada masa yang sama, rangkaian tasik ini memerlukan satu sistem penapisan yang berkesan untuk mencegah tasik daripada menjadi tercemar dan bertakung. Kerajaan memutuskan untuk membina satu kawasan tanah lembab (wetland) dengan air tawar berbanding membina penapis tiruan.

Oleh yang demikian, bermula pada tahun 1997 sebuah ladang kelapa sawit berkeluasan 197 hektar telah dipilih untuk merialisasikan projek tanah lembab (wetland) ini.

Tanah lembab (wetland) mempunyai 3 fungsi penting :-
1. Tebatan Banjir : I mengekalkan dan menyimpan air hujan di atas kawasan tanah rata yang luas.

2. Penapis Air : Lumrah setiap pembangunan, pastinya akan ada bahan bahan toksik terbuang seperti racun perosak, racun herba dan logam. Tumbuh tumbuhan paya yang ada di tanah lembab ini akan memerangkap mendapan dan bahan tercemar ini. Oleh sebab itulah Taman Wetland ini juga dikatakan bertindak sebagai buah pinggang Putrajaya.

3. Habitat : Tanah lembab juga menyediakan rumah kepada pelbagai jenis flora, fauna dan organisma yang membentuk rantaian makanan yang asas.

Jadi, pada pandangan aku Taman Wetland ini telah menjalankan fungsinya dengan baik. Tasik Putrajaya kekal bersih dan penuh denuh dengan hidupan liar. No wonder tempat ini menjadi destinasi eko-pelancongan untuk mat salleh.

Terdapat menara yang membolehkan kita melihat kawasan Taman Wetland ini daripada tempat tinggi. Agak nyaman. Sesuai untuk mereka yang mahu ketenangan dan jiwa kacau. Tapi yang tak syoknya, tangga tangga yang ada di menara ini macam sedikit menakutkan. Berbunyi

Berdekatan dengan menara ini, terdapat kolam flamingo yang agak terlindung dari jalan utama. Hurmm.. kalau sorang sorang pergi sini rasa macam semacam je. Sunyi. Mungkin pada waktu pagi ramai orang kot 🙂

So, next time kalau nak pergi kene pergi pagi. Mungkin suasanya lebih meriah dan sejuk. Berbasikal di sini lebih memuaskan berbanding di Taman Botani