Setakat artikel ini ditulis, Proton Holding Berhad sedang menganjurkan pameran automotif terbesarnya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pameran ini diadakan dari 14 – 18 March 2012 dan dibukan dari jam 10 pagi – 10 malam.
Antara pengisian dan daya tarikan pameran Proton Power of 1 ini ialah :-
- Pameran kemajuan teknologi, pencapaian kejuruteraan, kejayaan inovasi dan sukan permotoran yang telah dikecapi oleh proton sejak awal penubuhannya
- Pengunjung berpeluang untuk melihat proses pembinaan sesebuah kereta iaitu bermula daripada proses lakaran sehingga kepada kereta produksi.
- Pameran proses pengujian tingkap berkuasa elektrik dilakukan.
- Pameran kereta teknologi hijau mereka iaitu Exora Range Extender Electric Vehicle yang telah memenangi anugerah di Brington to London Future Car Challenge pada november yang lalu.
- Peluang melihat sendiri aksi Alister McRae memandu kereta rali Satria Neo S2000, Raja Drift Malaysia Tengku Djan dari R3 dan Faidzil Alang, pemenang Malaysian Super Series Championship 2011
- Pameran model terbaru Proton P3-21A dan jentera Proton telah diubahsuai
- Pameran 3 teknologi yang digunakan Proton
- Tawaran potongan harga untuk setiap pembelian bagi kereta Exora Bold, Persona, Saga FLX, Gen2 dan Savvy – Potongan harga dari RM500 – RM1,500.
- Tawaran potongan harga edisi istimewa Exora, Persona, Saga dan Satria Neo dari RM5,500 – RM15,000
- Tawaran potongan harga bagi Satria Neo R3 sebanyak RM6,000
- pengunjung bertuah juga berpeluang untuk memenangi sebuah daripada 3 unit Proton Savvy melalui peraduan SMS dan menang.
- Masuk percuma
Harapnya rancangan aku untuk pergi pada hari sabtu ini akan berjalan dengan lancar + cuaca baik + tiada aral melintang. Peace U ollz
More Info : http://protonpowerof1.com/