AYAM TANDORI DAN ROTI NAN CHEESE

Dimanakah tempat makan yang ada ayam tandori dan roti nan cheese yang paling sedap sekali? Ayam tandori + roti nan cheese by restoran arab or restoran mamak?

Lama kot tak makan ayam tandori dengan roti nan cheese. Biasalah, time bulan puasa inilah nak mengidam makan macam macam. Pengsan

image
Muka Orang Mengidam

Dek kerana itulah, hari ini aku buka puasa yang yok je cz lepas solat Maghrib aku p makan ayam tandori dan roti nan cheese di Restoran Haji Tapah Precint 16 Putrajaya. Dekat sedikit dengan rumah. Tak gitu

Ikutkan hati, nak je makan di restoran arab. Tapi, hari raya ni nak guna banyak ongkos..simpan dulu hasrat tu. Makan di Mamak pun OK r. Janji dapat lepas gian. Huhu

image
Ayam Tandori dan Roti Nan Cheese

Aku pilih tempat ini pun cz budak budak office dan orang sekeliling kata kedai sini sedap. Itu yang aku try tu. Khabarnya nasi briyani disini sedap. Orang kata…

Huhu. . . Apapun, tertunailah hasrat dihati pada malam ini. Huh lega. Tapi secara jujurnya, cara masakan dan rasa ayam tandori dan roti nan cheese disini tetap tak boleh nak kalahkan rasa ayam tandori dan roti nan cheese di restoran mamak yang ada di Taman Universiti Skudai Johor. Aku tak ingat nama restoran itu. Tapi restoran ini terletak betul betul berhadapan dengan Balai Bomba. Su yang perkenalkan kepada aku. Memang sedap lazat dan nyum nyum. Mee goreng mamaknya pun sedap. Memang puas hati yang amat. Tak tahulah orang lain. Tekak masing masing 😛

MAKAN BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA

Sebelum ini aku ada buat entry mengenai makan Buffet Ramadhan di PICC Putrajaya dan semalam aku berpeluang pergi merasa pulak. Ohhh… perancangan addhock. Nasib baik time aku pergi memang orang tak ramai sangat yang pergi + booking hihi. Lucky one

Muka Orang Puasa – Calon Syurga

Aku pergi area jam 6.30 petang semalam – takut penuh gamaknya

Terkejut gak cz tiada orang sangat time aku pergi tu. Oh, lupa semalam orang belum gaji lagi. Of cz hari ini dan seterusnya memang penuh je buffet buffet ramadhan di mana mana 🙂 Pengsan. Apa yang aku suka disini ialah, kaunternya terletak diluar. So, taklah sempit sangat kalau orang ramai berpusu-pusu datang pada masa dan detik yang sama. Hebat Continue reading MAKAN BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA

BUFFET RAMADHAN DI SHANGRI LA HOTEL KL 2012

BUFFET RAMADHAN DI RESTAURANT LEMON GARDEN SHANGRI LA HOTEL KUALA LUMPUR 2012 – Tercari cari juga sebenarnya maklumat untuk buffet ramadhan di Hotel Shangri La Kuala Lumpur untuk tahun 2012 ini. Susah mahu cari maklumat berkaitan. Akhirnya, google punya google dapatlah jumpa di Sunday People. Tapi aku tidak pasti maklumat ini untuk tahun bila. Article tidak menyatakan tarikh. Pengsan… ada juga article seperti ini.Aku anggap article ini adalah untuk tahun 2012. Nampak macam baru je

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2012
Buffet Ramadhan Selangor 2012 

Dan pagi ini aku menerima email pembetulan daripada Billah Kamal Baharun, Restaurant Marketing Manager Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Rupanya maklumat pada Sunday People itu bukan untuk tahun 2012. 

Berikut merupakan keterangan Buffet Ramadhan Shangri La Kuala Lumpur bagi tahun 2012 yang telah di emailkan oleh Mr Billah Kamal Baharun.

……………

Dear Mr. Dennis,

Greetings from Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.

We have viewed your personal blog in the net. Apparently the info you have posted is not the latest information with regards to our fasting month buffet 2012

For more info, please dial 60 3 20743900 or email to restaurantreservations.slkl@shangri-la.com.

The buffet pricing will be as following:

International Buffet with Open Air Barbecue Prices :

  • RM 115++ per person (every Sunday to Friday)
  • RM 135++ per person (every Saturday)
  • Children price is half price of an adult.
  • Children below 6 years old is complimentary for maximum 2 persons per booking.

Thank you and with kind regards

Billah Kamal Baharun, Restaurant Marketing Manager
Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur
11, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50250 Malaysia
603 20743900 603 20743560 billahkamal.baharun@shangri-la.com www.shangri-la.com

……..

Sebarang kesulitan amat dikesali