MOHON RUMAH PR1MA CYBERJAYA

image

 

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya memproses permohonan untuk mohon beli rumah @ Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia @ Cyberjaya. Permohonan mula dibuka beberapa minggu yang lalu. Gigih buat itu ini lengkapkan segala keperluan / lampiran yang diperlukan. HARAP BERJAYA DAN DIPERMUDAHKAN.

Aku ada buat panggilan @ Call Center PR1MA. Ada beberapa perkara yang aku nak tanya. Antaranya ialah mengenai borang EA – majikan yang sediakan.

Dari segi urusan pinjaman pula, pihak PR1MA tidak uruskan perkara itu. Diorang hanya tahu jual sahaja. Tapi pada masa yang sama, tatkala sudah dibuat cabutan dan siapa yang dapat rumah itu nanti diorang akan pertemukan pembeli dengan pegawai bank berkaitan. Pembeli yang kene berurusan sendiri dengan pihak bank. Pengsan.

Sebelum ini bank ada bagi pinjaman 100%. Tapi kini tidak lagi. Jadi, pembeli kene sediakan 10 peratus sebagai deposit untuk membeli rumah tersebut. Jadi, kalau harga rumah RM300K kene sediakan RM30,000 siap-siap lah. Aiyooo, kene gigih menabung. Oleh sebab itulah aku apply rumah yang harga RM200K – RM25K maksimum je. Hairan sebab sebelum ini kawan aku beli rumah hanya bayar RM3K sahaja selepas ditolak itu ini.

Selain daripada itu, aku ada terbaca satu artikel untuk pembelian rumah, pembeli kene sediakan tambah tolak kos sekitar 15 peratus daripada harga rumah tersebut. Sebab? Untuk urusan stem duty / legal fees / S&P etc katanya.

Aku dengar cerita / aduan, ramai pembeli yang dapat cabutan tidak dapat meneruskan pembelian sebab tidak mampu / tidak cukup duit untuk bayar deposit etc. Hairan, projek ini nak bantu golongan yang kurang berkemampuan, tapi prosesnya macam birokrasi.

Apapun, kita kene grab PR1MA ini sebab harga rumah yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding harga pasaran. Apa-apa masalah, kita kene anggap cabaran dan dugaan. Insyaallah, tuhan permudahkan segala urusan.

Kita sambung kaji dan belajar lagi OK.

PINJAMAN PERUMAHAN

Aku sedang dalam tempoh belajar akan cara untuk beli rumah etc. Semua orang nak memiliki rumah sendiri. Lagipun usia semakin meningkat, rumah sebijik hasil usaha sendiri kene dapatkan juga. Sedikit demi sedikit aku belajar dari buku, internet dan rakan berkaitan especially yang bekerja di bank.

Ada banyak jenis pembiayaan untuk membeli rumah. Lain bank, lain pakej atau kaedah atau terma syaratnya. Aku pun bukannya tahu sangat. Apa yang penting adalah samaada pinjaman secara konvensional atau secara islamik.

Terus terang aku katakan, tak faham dengan term konvensional dan islamic financing ini. Sebab aku pun ada sedikit background banking…modeling / formula yang digunakan lebih kurang / memang sama. Bezanya cuma dari segi istilah ‘ interest’ dan ‘profit’. Itu dari segi kiraan / term.

Dari segi praktikal nya pula, katanya sangat berbeza dari segi dokumentasinya. Oleh sebab itulah pada masa nak apply pinjaman, pegawai bank akan tanya samaada nak pinjam secara konvensional atau secara islamik.

Aku? Tidak tahu lagi nak ambil jenis pinjaman yang mana satu. Kene tengok dan buat timbang tara dahulu. Akan ambil mana yang terbaik. Sebab ini rumah pertama dan kene berhati-hati. Risau sebab libatkan wang yang banyak.

#katanya