Tukar Minyak Gearbox, Power Steering dan Coolant

Uitt Uiitt sudah beberapa minggu aku merancang untuk menukar rangkaian minyak untuk kereta Perodua Viva aku. Risau sebab baru-baru ini, baru aku tahu, rupanya penjagaan kereta bukan setakat tukar minyak hitam / enjin semata-mata. Rupanya ada lagi rangkaian minyak lain yang perlu diambil tahu.

Setelah beberapa ketika dan cuti sempena sambutan tahun baru cina, akhirnya hari ini aku ada masa lapang. Kedai kereta pun banyak sudah buka dan mula beroperasi seperti biasa. Secara kebetulan, mentol kereta pula rosak. Memang alasan cukup kukuh untuk berkunjung ke kedai servis kereta yang berhampiran.

Baca: PENGALAMAN DI GOLDEN LOUNGE SATELLITE KLIA

Aku tukar lampu mentol, minyak auto (gearbox), minyak power steering dan coolant. Perlu perbaiki juga air wiper yang tidak keluar. Seawal 10 pagi juga aku datang. Senang, sebab orang tak ramai sangat. Cuaca pun tak lah sepanas mana.

Sekitar 1 jam lebih juga melihat dan menanti proses servis dan baik pulih selesai. Sangat puas hati sebab boleh tengok tahap kepakaran pomen buat kerja berkaitan. Ringan tulang dan banyak value added service yang ditawarkan.

Rupanya, motor untuk wiper aku rosak. Perlu gantik yang baharu. RM70 kosnya termasuk pasang la kot. Jumlah kos yang perlu aku bayar untuk Minyak ATF (Gearbox), Power Steering, Coolant, Motor Wiper dan Mentol adalah RM260 + RM15.

Baca: Bekam & Urut di Ar Rayyan Kajang

Minyak ATF perlu ditukar setiap 20,000KM berbanding minyak enjin bagi setiap 10,000KM. Aku pula jarang guna kereta. Entah berapa bulan yang diperlukan untuk capai KM tersebut haha.

Spark Plug rasanya tukar bulan Nov tempoh hari. Sekitar belasan KM sahaja baru guna. Next adalah, nak servis aircond. Rasanya tak pernah servis sepanjang selepas habis tempoh warranty kereta. Sebelum ini rasa macam panas semacam. Tapi, selepas tukar coolant, rasa macam sejuk semacam je aircond aku itu.

Kedai yang nak aku pergi itu pula tutup sempena Hari Wilayah. Harap minggu depan aku ada masa dan cukup rajin untuk hantar kereta buat servis – Area Jalan Reko

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI