Toner Acwell Licorice pH Balancing Cleansing

Stok Acwell Licorice pH Balancing Cleansing Toner sudah habis. Untuk kegunaan pejabat dok minta ehsan rakan sepejabat. Seriau sebab dok habis cepat sangat hahaha. Kami satu pejabat pakai Toner Acwell ini. Hasil daripada testimoni dan cadangan daripada Ismeet. Pengsan

Hajat dihati nak juga mencuba jenama lain. Tapi, nanti dahulu. Sebab kulit muka kelihatan sudah serasi dengan toner jenama Acwell ini. Kita tangguhkan dahulu hajat.

Oleh kerana dok cepat sangat habis guna botol 150 ml, aku pun terus beli botol yang berisipadu 300ml. Boleh lah pakai lama sedikit. Harga pun sekitar RM71 sahaja berbanding 150ml yang berharga sekitar RM40 lebih.

Nak penggunaan yang lebih optimum, aku guna kapas. Dok tepek-tepek tiap pagi dan malam. Dok sama sama pakai produk yang sama di pejabat ini senang. Habis je stok, boleh kongsi minta sikit atau sama sama beli untuk restock.

Testomoni produk pun boleh dapat dengan mudah. Sebab kami saling tengok keberkesanan sesuatu produk yang digunakan. Kalau dia pakai OK, bolehlah rakan yang lain mencuba sedikit. Kot OK juga, boleh beli dan guna juga hahaha.

Sudah 4 atau 5 botol pakai toner jenama ini. Tak ingat sebab banyak sangat hahaha. Setakat ini, toner je yang tak bertukar jenama. Teringin juga nak pakai sunscreen jenama Acwell ini. Orang kata OK. Insyaallah next time boleh pakai. Tunggu yang sedia ada habis dahulu.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *