Alhamdulillah selepas Viva, aku hantar tinted kereta Vios pula di Tinted Magic Kajang – Jalan Reko. Kali ini RM400 untuk tinted dan RM40 + RM10 untuk buka tinted lama yang telah rosak di bahagian cermin belakang dan tepi. Susah tengok gayanya nak buka tinted lama yang dah rosak (katanya) haha.
Alang-alang juga, aku tukar Wiper sebab dah lama katanya. Haah, betul tu. Memang dah lama tak bertukar. Diorang jual RM30 untuk sepasang. Harga standard untuk wiper rasanya.
Hampir 2 jam lebih lah juga aku nak tunggu diorang siap pasang. Lama juga. Puncanya sebab diorang kena buka tinted lama yang sudah rosak. koyak dan menggelembung. Itu yang ambil masa lebih tu. Sabar je lah menanti. Nasib baik segala urusan lain aku sudah selesai.
Ada banyak jenis tinted. Aku pilih yang medium harga. Tak mahal dan tak murah. Tapi, bagi aku tiada beza mana pun. Aku pilih Aloy. Katanya ada warranty 3 tahun. Hihi
Seperti biasa, perlu tunggu 72 jam sebelum boleh turunkan tingkap kereta. Nasib baik ada 2 kereta. Jadi, tak perlu lah guna kereta untuk 3 hari. Leceh nak buka pintu untuk bayar toll touch & go.
Alhamdulillah syukur. Tercapai juga hajat nak tinted kereta ini. Bukan apa, aku dok ulang alik pergi kerja. Rasa macam dah berusia. Terasa tak larat nak menghadapi terik matahari. Cuaca tak menentu. Ada eloknya jaga kesihatan.
Tapi hairan juga. Kenapa diorang tak bagi aku baucer basuh kereta – RM8? Tak silap aku, dahulu semasa tinted Viva diorang bagi aku baucer RM5 untuk basuh kereta. Tengok gaya, pelanggan lain macam dapat.