Memandangkan aku sudah selesa guna The Ordinary Niacinemide and Alpha Arbutin, hati terdetik gatal untuk membeli produk lain daripada jenama The Ordinary ini. Skroll punya skroll, maka aku pun pilih Hyaluronic Acid. Agak berbelit lidah nak menyebut.
Baca: Pengalaman Yadah Oh My Sunscreen
Antara kelebihan Hyaluronic Acid ini adalah, ia mampu memberikan kelembapan sama seperti 6 liter air. Kata kunci utama bagi Hyaluronic Acid ini ialah ia bersifat melembap. Jadi, produk ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Kawan aku ada beritahu, kulit wajah dia nampak lebih halus, mulus dan cantik selepas memakai The Ordinary Hyaluronic Acid ini. Ulasan dia ini jugalah antara penyebab aku beli produk ini. Memang terbukti, betul apa yang dia kata. Selepas pakai sekitar 2 – 3 bulan, aku dapat rasakan tekstur kulit wajah aku lebih halus, mulus dan lembut. Lembab sokmo. Sedap pegang.
Oleh yang demikin, Hyaluronic Acid ini merupakan antara bahan penting untuk anti-oksidan / anti-aging. Aku tengah cuba adalah produk ini berkesan untuk kedut pada dahi aku. So far, nampak macam berkesan mengurangkan. Kita tengok hasilkan untuk beberapa bulan akan datang lagi 🙂
Aku pakai produk ini seminggu sekali je. Kekadang 2 kali seminggu. Tengok kulit masing-masing. Serum Hyaluronic Acid ini agak cair berbanding yang lain. Macam air je bagi aku. Aku beli sekitar RM37 kalau tak silap. Sampai sekarang tak habis lagi (tinggal sedikit).
The Ordinary Hyaluronic Acid Review Malaysia