Testimoni Mizon First Essence Malaysia

Kelihatan agak lama tidak buat review produk skincare yang aku pakai. Sibuk dengan urusan COVID dan sebagai pelajar sarjana. Boleh? haha. Kali ini mahu bercerita mengenai Essence yang sedang aku pakai. nI really falling love with this product – Mizon First Essence 94.5%. Sudah pakai lama berbulan rasanya. Botol kedua 🙂 Sangat puas hati.

Dek kerana sukanya aku dengan Mizon First Essence ini, aku sudah beli 1 botol lagi sebagai stok. Sebab tengok gaya, agak susah nak dapat stok. Itu yang aku beli siap-siap. Malas nak pening cari produk jenama lain kalau stok habis. Sebabnya, tengok gaya tiada pengedar rasmi untuk produk jenama ini di Malaysia. Macam kesemuanya diimpport secara direct oleh penjual online terus dari Korea. Tak tahulah selepas ini akan ada dijual di Watson atau mana-mana drugstore di Malaysia.

Baca: Toner Acwell Licorice pH Balancing Cleansing

Sebelum ini, aku pakai Essence Missha Time Revolution. Bagus juga produk ini. Cuma, harganya agak sedikit mahal. Sebab itu aku buat carian dan bacaan di internet untuk produk alternatif. Daripada situ, aku jumpa essence jenama Mizon ini. Harga bawah RM100 untuk 210ml. Murah dan berpatutan bukan?

Pakaging produk ini sangat simple. Botol diperbuat daripada plastik. Makanya, easy to handling. Tak perlu risau jatuh atau pecah. Tekstur essence-nya? Masyaallah, suka sangat. Ringan, tidak melekit dan cepat meresap pada kulit muka. Mana tak suka, dah pakai 2 botol dan otw nak pakai botol ketiga hahahaha.

Cara Pakai Mizon First Essence

Aku pakai tiap masa selepas mandi atau lepas ambil wuduk. Harga pun mampu milik, jadinya aku akan tepek-tepek banyak kali. Rasa nyaman dan menyegarkan kulit muka. Tak tahulah… sebab ini perasaan aku haha. Lagipun, essence ini cepat meresap pada kulit. Tak terasa berat. Ringan.

Kebaikan / Kelebihan Mizon First Essence

Kandungan Galactomis fermented ultrafiltrate membantu melembapkan kulit. Memang betul, kulit muka aku terasa lembab walaupun tak pakai mana-mana krim pelembap.

Essence ini menyerap masuk ke dalam kulit wajah. Dikatakan, ia juga mampu untuk menghalang kulit anda dari munculnya kedutan halus dan tona kulit menjadi kembali sekata.

Selain itu, berdasarkan kepada pembacaan aku, produk ini juga adalah untuk memutih, menyesesuaikan tekstur dan kekenyalan dan kulit.

Dikatakan, produk free paraben, free pigmented, free fragrance, free alcohol, free animal oil, free mineral oil, free benzopheone.

Baca: What We Should Know About Discovery Park Cyberjaya

Mizon First Essence Ingredients

Water, Galactomyces Ferment Filtrate, Butylene Glycol, Niacinamide, Glycerin, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Caprylyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Tropolone, Pentylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sodium Hyaluronate, Adenosine, Carbomer, Xanthan Gum, Theobroma Cacao (Cocoa) Extract, Coptis Japonica Root Extract, Trehalose, Biosaccharide Gum-1, Sodium PCA, Betaine, Sorbitol, Glycine, Alanine, Proline, Serine, Threonine, Arginine, Lysine, Glutamic Acid, Potassium Hydroxide, Rosmarinus Officinalis, Abies Sibirica (Siberian Fir) Oil, Cananga Odorata (Ylang Ylang) Oil, Citrus Limon (Lemon) Peel Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil

testimoni mizon first essence, mizon first essence watson, mizon first essence malaysia, mizon first essence kebaikan, kelebihan mizon first essence, mizon first essence vs skii, mizon first essence ingredients, testimoni mizon first essence

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI