Haaa, sudah pakai botol kedua untuk Yuja Niacin Serum. Jadi, bolehlah aku buat review sebagai catatan peribadi disini. Sebelum ini, pakai serum jenama The Ordinary. Not bad juga hasilnya. Sebab bosan dok pakai jenama yang sama sahaja, itu yang aku cari produk jenama lain pula. Apa salahnya? hihi
Hasil cadangan dari rakan taulan dan carian di Google, aku memilih produk serum jenama Some by Mi ini. Banyak jenis serum juga yang dikeluarkan jenama ini. Aku memilih Yuja Niacin Blemish Care Serum sebab ia mengandungi Yuja dan Niacinamide yang antara kebaikan utamanya adalah untuk mencerah. Essence sudah melembap, jadi aku pakai serum yang mencerah pula hahaha. Pengsan
Aku tengok, macam banyak juga carian bad review mengenai produk jenama ini. Tapi entah, alhamdulillah.. sebab produk ini seakan serasi dengan aku. Kalau tak, manakan aku nak beli botol kedua. Itu tandanya aku selesa menggunakannya. Lain orang, lain penerimaan pada kulitnya 🙂
Baca: Ayat Cinta dan Rindu Si Dia – Melayu
Cara aku pakai Yuja Niacin Serum ini ialah pada waktu malam ni. Kekadang aku pakai sebelum pergi kerja atau waktu cuti (kalau rajin). But, most of the times, aku pakai pada belah malam. Bersekali dengan Yuja Niacin Brightening Sleeping Mask.
- Niat dan Cara Mudah Mandi Wajib Mengikut Hadis
- Pancut Luar – Hukum Memancutkan Air Mani di Luar Faraj
- Apa Hukum Perbuatan Suami Meliwat Isteri – Seks Anal
- Suami Isteri – Hukum Mengisap Kemaluan dan Telan Air Mani
- Kreatif – 25 Ucapan Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari
Apa review aku? Teksturnya tidak melekit serta tidak terlalu berat. Cepat meresap pada kulit muka. Buat kulit muka terasa segar. Apa yang peliknya, serum ini consider vitamin c, tapi tidak memedihkan muka. Itu yang aku suka haha. 50 ml untuk digunakan selama sekitar 30 hari. Memang sesuai dengan aku yang cepat bosan. Baunya pula memang sedap. Ala-ala bau lemon. Sangat menenangkan.
Menariknya, orang boleh tegur kulit lebih sihat, cerah dan tidak kusam berbanding sebelumnya. Bermakna, rejim penjagaan kulit aku (termasuk pemakaian serum) ini berjaya. Lagipun, Yuja Niacin ini je produk pencerahan kulit muka yang aku guna.
Baca: Review Selepas Lebih 3 Bulan Guna Hada Labo Cleansing Oil
Yuja Niacin Serum Ingredients
Citrus Junos Fruit Extract, Water, Butylene Glycol, Niacinamide, Glycerin, Panthenol, 1,2-Hexanediol, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Thuja Orientalis Leaf Extract, Zanthoxylum Schinifolium Leaf Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Extract, Mentha Aquatica Leaf Extract, Mentha Rotundifolia Leaf Extract, Nelumbo Nucifera Flower Extract, Coptis Japonica Extract, Hippophae Rhamnoides Fruit Extract, Arbutin, Glutathione, Ascorbic Acid, Ascorbyl Glucoside, Biotin, Tocopherol, Cyanocobalamin, (-)-alpha-bisabolol, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Menadione, Arginine, Trehalose, Madecassoside, Adenosine, Diphenylsiloxy Phenyl Trimethicone, Caprylyl Methicone, Inulin Lauryl Carbamate, Behenyl Alcohol, Sorbitan Oleate, Sorbitan Isostearate, Caprylyl/Capryl Glucoside, Polyisobutene, Xanthan Gum, Carbomer, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Sodium Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Dimethicone/Phenyl Vinyl Dimethicone/Phenyl Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Benzyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Raspberry Ketone, Disodium EDTA, Citrus Junos Peel Oil.