Ubat Jerawat Paling Berkesan – Deriva

Aku antara orang yang masih punya masalah jerawat. Aiiiiiii tak faham kenapa usia sudah dewasa masih ada jerawat lagi. Sabar je lah.

Kawan aku rekomen ubat jerawat Deriva Adapalene Gel Microspheres. Katanya doktor pakar kulit yang mencadangkan dia untuk guna ubat gel ini. Anak dia memang punya masalah kulit muka jerawat yang agak teruk. Aku pun follow je lah.

Dia beli sekitar RM26 seunit. Aku dapat pada harga RM24 di Shopee. Orang Kelantan yang jual.

Takjub dan terkesima dengan keberkesanan produk ini hahaha. Sapu pada bahagian jerawat, esoknya dah kecut. Memang berkesan.

So, sekarang ini kalau ada tanda-tanda jerawat nak tumbuh, aku sapu sedikit bahagian berkenaan dengan gel ini – alhamdulillah, setakat ini berkesan. Memang bagi aku, inilah ubat jerawat paling berkesan sepanjang aku hidup selama ini. Abaikan produk-produk kecantikan lain yang katanya untuk masalah jerawat. Pakai ubat ini sahaja sudah memadai hahahaha.