Tempat Menarik di Langkawi – Underwater World

Terletak bersebelahan dengan pusat beli belah Zon Bebas Cukai di Pantai Cenang, Langkawi. Underwater World Langkawi ini menempatkan lebih 4,000 hidupan marin termasuk lebih 500 spesis ikan dan haiwan laut yang hidup di hutan hujan tropika, kawasan beriklim sederhana dan sub antartika.

Kompleks Underwater World Langkawi ini dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut kumpulan dan iklim tempat tinggal haiwan. Antaranya ialah bahagian :-

  • Ikan air tawar – Arapaima, Bala Shark, Silver Dollar dll
  • burung tropika & haiwan hutan hujan tropika – marmoset. burung kakatua, kura-kura, ular, angsa hitam, itik mandarin dll
  • spesis ikan tropika – tinfoil bard, striped card dll
  • iklim sederhana dan sub antartika – anjing laut dan penguin

Kompleks ini mula dibuka pada tahun 1985. Dimana, antara objektif utama pembukaannya adalah untuk menawarkan pendidikan, hiburan dan maklumat kepada mereka yang berminat dengan alam dan hidupan marin.



Tempat Menarik di Langkawi – Underwater World

Jadual Makan

  • African Penguin : 11.00 pagi dan 2.45 petang
  • Rockhopper Penguin: 11.15 pagi dan 3.00 petang
  • Fur Seal: 2.30 petang
  • Tunner Tank: 3.30 petang

Bayaran Masuk Underwater World Langkawi

  • Dewasa RM40
  • Kanak-kanak RM24

Waktu Operasi

  • Setiap hari: 10 pagi – 6.00 petang)
  • Cuti Umum dan Cuti Sekolah: 9.30 pagi – 6.30 petang

 

Tempat Menarik di Langkawi – Gua

Gua Cerita

Gua Cerita ini merupakan antara destinasi pelancongan utama. Ia terletak di persisiran utara Pulau langkawi. Gua yang mempunyai dua tingkat ini menyajikan pemandangan indah laut dan pantai. Pada masa yang sama, terdapat banyak mitos berkaitan dengan Gua Cerita ini.

Gua Buaya

Namanya diambil bersempena dengan haiwan yang pernah mendiami kawasan ini suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun, ia kini tidak didiami oleh sang bedal menjadikan ianya selamat untuk dimasuki oleh para pengunjung. Guan ini berada diatas pemukaan air. Mulut dan pintu masuknya juga rendah menjadikan sebahagian daripadanya akan tenggelam sewaktu air pasang. Pengunjung akan dibawa masuk ke dalam Gua Buaya ini merentasi terowang sepanjang kira-kira 30 meter.

Gua Kelawar

Keadaan persekitaran Gua Kelawar ini sangat gelap. Adalah lebih elok kepada mereka yang merancang untuk datang ke Gua Kelawar ini untuk membawa lampu suloh sendiri. Namun, pengunjung juga boleh menyewa lampu suloh pada kadar tertentu . Gua ini menjadi habitat ratusan kelawar. Disini juga, pengunjung akan dapat melihat stalagtit dan stalagmit. Lereng bukit dikawasan ini banyak ditumbuhi oleh sejenis tumbuhan yang dipanggil CYCAD. Ia telah wujud sejak 200 juta tahun dahulu (lebih awal sebelum kewujudan dinosaur).

tempat menarik di langkawi

Tempat Menarik di Langkawi – Taman Geo Rimba Batu Kapur Kilim

Taman Geo Rimba Batu Kapur Kilim ini berpusat di sekitar Sungai kilim di bahagian timur laut Langkawi. Ia meliputi kawasan hutan simpan seluas kira-kira 100 km persegi.

Macam mana hendak merasai pengalaman berada disini? Anda boleh ke Jeti Sungai Kilim atau Jeli Tanjung Rhu untuk menyewa perkhidmatan bot secara persendirian atau berkongsi dengan penumpang lain. Tempoh pengembaraan akan mengambil masa antara satu hingga empat jam.

Bagi mereka yang ingin mengembara sambil mendengar penerangan dan penjelasan secara saintifik, bolehlah menempah bot daripada mana-mana operator pelancongan. Pada masa yang sama, jika pengunjung sekadar mahu menikmati perjalanan dan mahu berjimat, boleh menempah terus dengan mana-mana pemandu bot yang berada di jeti berkenaan.

Sepanjang pengembaraan, pengunjung akan dibawa menyelurisi muara Sungai Kilim yang berlatar belakangkan pepohon bakau. Pengunjung juga akan dapat melihat pelbagai spesis flora dan fauna yang tinggal di hutan bakau berkenaan. Antaranya anak ketam dan ikan belacar bermain-main di gigi air, ular, buaya, monyet, biawak, memerang dan pelbagai spesis burung.

tempat menarik di langkawi pada waktu malam,tempat makan best di langkawi,muzium 3d langkawi,tempat shopping di langkawi,pasar malam langkawi,kereta kabel langkawi,langkawi pulau dayang bunting,underwater world langkawi,

Tempat Menarik di Langkawi – Air Terjun

Air Terjun Telaga Tujuh

Namanya diambil sempena 7 buah mata air yang mengalir membentuk 7 buah kolam semula jadi di sini pada ketinggian yang berbeza. Air Terjun Telaga Tujuh ini terletak di cerun Gunung Mat Cinchang. Jadi, panorama indahnya boleh dilihat daripada atas menggunakan kereta kabel.

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Tapi pengunjung perlu membayar RM2 (kereta) atau RM1 (motosikal) untuk parking. Air terjun disini pun ada musimnya. Dimana airnya mencurah dengan banyak sepanjang bulan September hingga Oktober. Pada bulan-bulan lain, curahan airnya ada tapi pada kuantiti yang kecil. Namun, kolamnya masih penuh dan tetap sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

Air Terjun Temurun

Air terjun ini terletak di Teluk Datai iaitu kira-kira 42 km dari Pekan Kuah. Air terjun paling tinggi di Langkawi ini mempunyai 3 aras jatuhan air dan salah satu daripadanya berukuran kira-kira 30m mencurah ke kolam.

Tiada bayaran masuk yang dikenakan untuk pengunjung. Sama seperti Tujuh Telaga, air terjun Temurun ini meriah ketika musim hujan sepanjang bulan September hingga Oktober.

Air Terjun Durian Perangin

Terdapat banyak pokok Durian Perangin disekitar air terjun ini. Dek kerana itulah ianya dipanggil Air Terjun Durian Perangin. Lokasi terletak di utara Kampung Kilim. Untuk sampai ke sini, pengunjung perlu merentas deretan kedai, mendaki anak tangga, jambatan gantung dan berjalan melalui laluan trek hutan.

PULAU LANGKAWI

Disini, aku akan kumpulkan kesemua entry entry aku yang berkaitan dengan pengalaman 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi. Secara ringkasnya, aku menyimpulkan bahawa percutian aku kali ini agak kurang ummmppppphhhh!!.

Ada banyak faktor yang mempengaruhi mood aku sepanjang percutiannya. Antara yang paling utama ialah masalah gangguan bekalan air di tempat penginapan aku – Cenang Rest House, Pulau Langkawi yang sangat mengecewakan + amarah yang membahang bahang. Sila jangan ikut jejak langkah aku untuk menginap disini – nasihat peribadi. Continue reading “PULAU LANGKAWI”

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI YANG INGIN AKU LAWATI – PART 1

langkawi1

Amboi, sangat panjang tajuk entry ini. Yelah kan. Sambil menyelam minum air. Sambil aku sibuk mencari maklumat, sambil itu juga aku akan buat ‘nota kaki’ aku disini. At least boleh dibuat rujukan untuk aku nanti. Katanya. Continue reading “TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI YANG INGIN AKU LAWATI – PART 1”