Koleksi Hadis Hari Jumaat dan Dalil – Salam Jumaat

Koleksi Hadis Hari Jumaat dan Dalil - Salam Jumaat

Solat Jumaat yang dilakukan sekali setiap minggu adalah perjumpaan mingguan untuk penduduk beragama Islam setempat berkumpul, beramah mesra, menuntut ilmu dan beribadah bersama. Hari jumaat juga dikenalai sebagai Yaum al-Mazid (Hari Pertambahan) kerana hari ini kebaikan bertambah. Dikatakan juga Jumaat merupakan hari yang terbaik selepas Hari Arafah.

Hadis Riwayat berkaitan Hari Jumaat

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa, Rasulullah pernah bersabda: “Pada hari Jumaat ada suatu saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu, dan memohon sesuatu kepada Allah SWT nescaya dikabulkan Allah SWT permohonan itu.” Nabi memberi isyarat dengan tangannya, yang bererti bahawa saat itu amat singkat. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Koleksi Hadis Hari Jumaat dan Dalil - Salam Jumaat

Aus bin Aus berkata, Rasulullah pernah bersabda: ” Hari yang paling utama dalam seminggu adalah hari jumaat. Oleh itu, perbanyakkanlah berselawat untuk saya pada hari itu. Sebenarnya, semua selawat yang saudara ucapkan itu dilaporkan oleh malaikat kepada saya.” – Hadis Riwayat Abu Daud

Abu Burdah bin Abu Musa al- Asy’ari melaporkan, “Abdullah bin Umar bertanya,’Adakah saudara mendengar ayah saudara melaporkan daripada Rasulullah berkenaan waktu dimakbulkan doa pada hari jumaat?’ Abu Burdah menjawab ‘Ya, ayah saya memberitahu, beliau mendengar Rasulullah berkata, ‘Waktu tersebut adalah ketika imam berada di atas mimbar sehinggalah sembahyang Jumaat selesai dilaksanakan.” – Hadis Riwayat Muslim

Baca: Ayatul Kursi – Keagungan, Maksud dan Kelebihannya

Koleksi Hadis Hari Jumaat dan Dalil - Salam Jumaat

Abu Hurairah berkata, Rasulullah pernah bersabda: “Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itu Nabi Adam diciptakan. Hari itu jugalah beliau dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan semula dari situ.” – Hadis Riwayat Muslim

Daripada Tariq bin Syihab ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Solat Jumaat merupakan hak yang wajib ke atas setiap muslim secara berjamaah melainkan pada empat perkara: hamba yang dimiliki, wanita, kanak-kanak, atau orang sakit.” – Hadis Riwayat Abu Daud.

Abu Sa’id Al-Khudri r.a., berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dirinya akan diterangi cahaya hinggalah ke Hari Jumaat yang berikutnya.” – Hadis Riwayat Hakim dan Baihaqi.

Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak pergi menunaikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Jabir r.a., menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda: Hari Jumaat terdiri dari dua belas jam. Sesiapa pun di antara hamba muslim yang memohon sesuatu kepada Allah pada saat saat itu, maka Allah akan mengabulkannya. Kerana itu, carilah saat (dikabulkan doa tersebut) di hujung waktu solat Asar.” – Hadis Riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Hakim.

Baca: 20 Contoh Bergambar Ucapan Waalaikumussalam

Dalil Al-Quran berkaitan Hari Jumaat

Wahai orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah bagi bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). – Surah al-Jumu’ah 62:9

Koleksi Bergambar Salam Jumaat Quotes

Koleksi Bergambar Salam Jumaat Quotes

Bila ingin mendapatkan sesuatu, belajarlah dengan memberi sesuatu.

Salam Jumaat. Pilih untuk fikir, bercakap dan buat yang baik-baik hari ini.

Baca: Malaysia – Assalamualaikum dan Salam Jumaat

Jika tidak ada bahu untuk bersandar, masih ada lantai untuk bersujud.

Koleksi Bergambar Salam Jumaat Quotes

Jangan hanya minta diringankan ujian. Tetapi, mintalah dikuatkan iman.

Keindahan SABAR adalah diiringi dengan SYUKUR

Kekuatan tidak akan datang dari kemampuan fizikal. Akan tetapi, ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Koleksi Bergambar Salam Jumaat Quotes

Assalamualaikum. Bersyukur itu nikmat. Sabar itu indah. Semoga Allah permudahkan apapun juga yang kita kerjakan.

Jangan berharap kepada MANUSIA untuk menjadi kuat. Akan tetapi, berharaplah kepada ALLAH untuk diberi kekuatan.

Alhamdulillah. Selamat pagi dan Salam Jumaat. Semoga segala kebaikan yang kita lakukan diredhai oleh Allah yang Maha Esa.

Assalamualaikum. Selamat Pagi. Selamat Bekerja dan Salam Jumaat.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua jumaat.

Koleksi Bergambar Salam Jumaat Quotes

Jumaat penuh berkat. Banyakkan sedekah agar hidup lebih berkat.

Jom perbanyakkan selawat di Hari Jumaat.

Baca: Bergambar Doa Selepas Solat – Dhuha, Witir, Taubat, Tahajjud

Salam Jumaat. Mulakan setiap kerjamu dengan BISMILLAH.

Tidak akan berkurang harta yang kita infaq dengan ikhlas kerana Allah swt. Melainkan Allah swt akan menggantikannya dengan berlipat kali ganda. Insyaallah.

Jangan berasa malu dengan sedekah yang sedikit. Kerana pasti terdapat kebaikan didalam memberi…walau sekecil mana.

Amalan Mukmin pada Hari Jumaat. Banyak berselawat, membaca surah al-kahfi dan banyak berdoa.

Koleksi Bergambar Salam Jumaat Quotes

Ya Allah, limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi Muhaamad beserta keluarganya sebanyak jumlah rahmatMu.

Ya Allah, Selamat sejahterakanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Koleksi Bergambar Salam Jumaat Quotes Koleksi Bergambar Salam Jumaat Quotes