Rumah Mampu Milik RUMAWIP Residensi Seri Wahyu

Mah Sing Group Berhad akan melancarkan projek Rumah Mampu Milik Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Seri Wahyu di Galeri Jualan LakeVille Residence pada 29 Mac 2017 ini. Residensi Seri Wahyu ini sangat sesuai untuk golongan belia serta keluarga kecil yang bekerja di pusat bandar KL.

Projek ini merangkumi 660 unit kediaman bekeluasan 244 meter persegi dengan dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik mandi. Setiap unit turut disediakan satu petak. Harga kediaman adalah bermula pada kadar RM300,000 seunit.

Pembeli diberi pilihan melengkapkan isi rumah melalui pakej Mah Sing dengan tambahan sebanyak RM30,000 merangkumi pakej kelengkapan bilik, dapur, air-condition, pemanas air, jubin lantai dan suis elektrik.

RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Syarat Kelayakan Permohonan RUMAWIP

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (Suami Isteri)

KLIK: Pendaftaran RUMAWIP

265,000 Telah Mohon Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ)

Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) yayasan Sultan Ibrahim telah menerima permohonan pra-pendaftaran sebanyak 265,000 secara online semalam dan jumlah ini akan terus meningkat dan meningkat lagi.

Laporan daripada BHarian menyebut, saringan pemilihan akan dibuat oleh jawatankuasa yang akan dibentuk dan ahlinya pula dipilih sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Baca : Info Mengenai RIBJ 

Semua permohonan akan disaring satu persatu secara telus dan adil sekaligus membolehkan objektif pelaksanaan pembinaan RIBJ ini dapat mencapai sasarannya.

Projek RIBJ ini membabitkan lebih 1,800 unit di tiga lokasi iaitu di Bandar Dato Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana dengan harga seunit antara RM80,000 hingga RM429,000.

 

Negara Bakal Kekurangan 1 juta Unit Rumah Mampu Milik Pada Tahun 2020

Laporan Tahunan 2016 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menyatakan negara bakal menghadapi masalah kekurangan rumah mampu milik  sebanyak 1 juta unit menjelang tahun 2020. Walaupun terdapat pelbagai program dan projek yang disediakan oleh sektor swasta dan kerajaan, namun jumlah unit yang dibina pada masa kini masih tidak mampu menampung permintaan pasaran.

Mengikut laporan, pada tahun 2014, negara menghadapi kekurangan bekalan rumah mampu milik berjumlah 960,000 unit.

rumah mampu milik

Kesan kekurangan bekalan rumah terhadap kemampuan diburukkan lagi oleh kadar peningkatan pendapatan isi rumah yang tidak seimbang dengan kadar kenaikan harga rumah. Keadaan ini diburukkan lagi dengan trend semasa harga rumah yang berharga melebihi RM250,000 seunit.

Pada masa yang sama, terdapat bekalan berlebihan bagi rumah mewah yang di luar kemampuan isi rumah. Sebahagian besar kediaman dalam kategori ini tidak dapat dijual.

Pemaju kelihatannya lebih teruja membina pusat membeli belah demi mengaut keuntungan berbanding menyediakan rumah mampu milik. Perkara ini dpaat dilihat apabila kurang daripada 30 peratus pelancaran projek rumah baharu pada tahun 2016 adalah daripada rumaah mampu milik yang berharga di bawah RM250,000. Manakala 36 peratus pula bagi RM500,000 ke bawah.

Dari segi pasaran hartanah pula, terdapat tiga sektor yang menjadi tumpuan iaitu rumah kediaman bertingkat, bangunan pejabat dan terlalu banyak pusat beli belah di Malaysia.

BNM menolak persepsi kurangnya pembiayaan dan menyatakan pada akhir tahun 2016, kira-kira 56 peratus daripada pinjaman terkumpul adalah dari rumah berharga bawah RM250,000 seunit. Manakala 25 peratus pula datang daripada rumah berharga antara RM250,000 hingga RM500,000.

Pada tahun 2016 juga, peratusan permohonan pinjaman yang ditolak hanyalah pada kadar 23.6 peratus sahaja.

Dengan kata lain, isu perumahan mampu milik ini lebih kerapda masalah permintaan dan penawaran yang memerlukan perhatian pihak pembuat dasar dan bukannya masalah akses kepada pembiayaan.

Mungkin, penubuhan agensi tunggal untuk menyelaraskan penyediaan rumah mampu milik boleh mengatasi masalah kekurangan bekalan rumah mampu milik di negara ini pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, langkah ini juga perlu dilengkapkan dengan skim pembiayaan yang lebih inovatif untuk membiayai pembelian rumah mampu milik.

Difahamkan harga hartanah dan kos infrastruktur sahaja merangkumi separuh daripada kos rumah. Perkara ini perlu dikurangkan jika kita mahu menyelesaikan isu rumah mampu milik ini.

Sumber: Kosmo, BHarian, Utusan

Mohon Rumah Impian Bangsa Johor, Yayasan Sultan Ibrahim

 

Fakta Mengenai Rumah Impian Bangsa Johor, Yayasan Sultan Ibrahim

  • Ia merupakan ‘hadiah istimewa’ berbentuk skim perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri Johor sempena sambutan hari ulang tahun keputeraan Sultan Ibrahim yang ke-59.
  • Skim yang berstatuskan hak milik bebas ini adalah yang pertama seumpamanya dan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim
  • Di Bandar Dato’ Onn, Rumah Impian Bangsa Johor akan dibangunkan di kawasan seluas 21.3 hektar dan membabitkan pembinaan lebih 520 unit termasuk 190 rumah teres, 130 rumah berkembar dan 200 rumah sesebuah. Rumah berkenaan ditawarkan dengan harga RM80,000 hingga RM100,000 seunit.
  • Manakala di Bandar Baru Majidee, sebanyak 320 unit rumah akan dibangunkan di kawasan seluas 2.75 hektar dan ia terdiri daripada dua blok yang masing-masing mempunyai 12 tingkat kediaman dan ia akan ditawarkan dengan harga RM150,000 seunit.
  • Terdapat satu projek sedang dirancang oleh Mutiara S’City Sdn Bhd di kawasan seluas 3.05 hektar di Bukit Saujana di bawah YSI pada masa depan dan ia bakal menawarkan 1,000 rumah.
  • Projek dibiayai Bank Rakyat dengan dana sehingga RM500 juta, manakala pembeli akan diberikan kadar faedah yang rendah mengikut gaji supaya mereka mudah membayar semula pinjaman.
  • Projek hakmilik kekal (freehold) di bawah Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat akan memberikan konsep berbeza bagi unit-unit rumah dan komersial.
  • Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM1 untuk pinjaman penuh melalui satu pembayaran mudah
  • Tawaran hanya akan dibuka kepada semua Bangsa Johor yang layak. Namun proses pemilihan adalah ketat dan teliti.
  • PraPelancaran projek ini dibuat di Galleria@Kotaraya Johor Bahru pada 22 Mac 2017

Video: Ribuan serbu Majlis Prapelancaran Rumah Impian Bangsa Johor

https://www.youtube.com/watch?v=66fRdzJRlD8

Kriteria Pemilihan Pembeli / Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor

  • Warganegara Malaysia, menetap selama 5 tahun di negeri Johor dan berumur 18 tahun. (Keutamaan diberikan kepada rakyat Johor)
  • Permohonan rumah buat kali pertama
  • Bujang atau telah berkahwin
  • Satu permohonan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin
  • Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah
  • Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan

KLIK : Pra Pendaftaran Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor, Yayasan Sultan Ibrahim

Video: Rumah Impian Bangsa Johor – reaksi Noor Azleen Ambrose

https://www.youtube.com/watch?v=wOr74y2OgPc

Video: Rumah ‘istimewa’ Sultan Johor, ribuan rakyat penuhi Plaza Kotaraya

https://www.youtube.com/watch?v=aSAy54FvZ-0

 

Sumber: BHarian, Hmetro, Bernama