41 Rezeki Quote – Alhamdulillah Syukur

Rezeki Quote - Alhamdulillah Syukur

Rezeki itu milik Allah. Semakin kita ikhlas memberi kepada orang lain, semakin dipermudahkan rezeki buat kita. Insyaallah

Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas – Surah Al-Baqarah ayat 212

Sesungguhnya Allah emmberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab – Surah Ali Imran Ayat 37

41 Rezeki Quote - Alhamdulillah Syukur

REZEKI tak pernah salah alamat. Tak pernah menyimpang sesat. Tak pernah salah orang dan tak pernah salah waktu.

Terkadang kita meminta sesuatu kepada Allah. Namun, yang didapatkan ternyata lebih besar dari perkiraan. Itulah salah satu nikmat Allah yang tak terduga.

Syukur ALHAMDULILLAH. Kita masih diberi peluang untuk beramal dan beribadat bagi menjamin kehidupan yang bahagia dan kekal abadi di Syurga.

Bersyukurlah. Sesungguhnya segala pemberian dan ketentuan dariNya pasti ada hikmah dan kebaikan untuk kita.

41 Rezeki Quote - Alhamdulillah Syukur

Bersyukurlah atas apa yang diberikan oleh Allah kerana Allah selalu menguji kesabaran dan usaha umat-Nya.

Syukur ALHAMDULILLAH. Kita masih mampu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Tidak ada penderitaan yang abadi, tidak ada kebahagiaan yang abadi. Kecuali bagi yang pandai bersyukur, selamanya ia akan merasakan kebahagiaan.

Ya Allah, aku berterima kasih dan bersyukur kepada-Mu sebab telah diberi tempat yang indah di sekeliling orang-orang yang menyayangi dan mendukung diriku.

41 Rezeki Quote - Alhamdulillah Syukur

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Apa pun yang Engkau berikan kepadaku, itu adalah yang terbaik. Jika bukan untuk hari ini, aku yakin pasti untuk masa yang akan datang

Hamba ucapkan rasa syukur yang tak terhingga kepada-Mu, Ya Allah. Jadikanlah hamba orang yang bukan hanya berdoa ketika terluka, tetapi juga orang yang akan selalu bersama-Mu saat sedang bahagia.

Alhamdulillah. Hidupku memang tidak sempurna, tetapi aku selalu bersyukur atas apa yang aku miliki karena semua itu juga pemberian dari Tuhan.

Jika kita belum memiliki apa yang kita sukai, maka sukailah apa yang kita miliki saat ini. Kerana itu adalah sebahagian daripada syukur kepada-Nya.

Rezeki Quote - Alhamdulillah Syukur

REZEKI ada dimana-mana. Datang dan pergi tanpa diduga. Tepat pada masa. Yang penting, usaha dan tawakal.

Alhamdulillah. Salah satu bentuk rezeki Allah kepada kita ialah, dia kelilingi kita dengan mereka yang baik-baik dan sentiasa ambil berat dengan kita.

Walau sekecil mana sekalipun rezeki kita, BERSYUKURLAH. Kerana rezeki kita yang kecil itu, ada orang lain yang hanya mampu untuk mengimpikannya.

Baca: Quotes Bergambar – Ayat Alhamdulillah Syukur

Pendapatan itu rezeki, Kesihatan itu rezeki. Zuriat itu rezeki. Amal itu rezeki. Ilmu itu rezeki. Hidup itu juga rezeki. Maka, bersyukurlah pada yang Maha Esa.

ALHAMDULILLAH. Terima kasih atas berkatmu Ya Rabb. Jadikan kami orang yang selalu bersyukur kepadaMu Ya Allah.

Rezeki Quote - Alhamdulillah Syukur

Hari akan lebih indah jika diawali dengan bersyukur.

Tuhanku. Terima kasih untuk rezeki hari ini. Jadikanlah kami, orang yang selalu bersyukur akan semua nikmatMu.

Untuk rezeki hari ini, ucapkanlah ALHAMDULILLAH. Untuk rezeki esok yang belum tentu, kita berusaha, berdoa dan bertawakal.

Rezeki yang berkat… Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang yang tidak berkat… sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Umpama meminum air laut. Semakin diminum semakin haus.

Ya Allah. Syukur Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.

REZEKI. Alahmdulillah Syukur. Saya doakan rezeki kita semua hari ini dan hari-hari yang berikutnya sentiada ada bak air yang mengalir. Aamiin.

Baca: 7 Cara Merawat / Menyembuhkan Sihir Pemisah

BERSYUKUR DI SETIAP KEJADIAN. Segala puji hanya milik Allah atas setiap keadaan.

Hidup ini anugerah yang indah. Nikmatilah ia dengan bersyukur padaNya kerana masih bernafas hari ini.

Terkadang, kita terlalu sibuk mengeluh dengan sesuatu yang belum ada digenggaman. Sampai lupa untuk bersyukur oleh apa yang sudah kita dapatkan. Alhamdulillah

KEEP CALM and SAY ALHAMDULILLAH.

Ucap setinggi-tinggi ALHAMDULILLAH kepada Allah kerana masih diberikan nikmat nafas dan kesihatan.

Alhamdulillah for Everything.

Orang yang bersyukur tak sempat untuk bersedih. Kerana ia bagaikan air dan minyak.

Kita ini tak hebat mana pun. Allah boleh tarik nikmat kita bila-bila masa sahaja. Jadi, belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada.

Katakanlah ALHAMDULILLAH. Kerana kamu memiliki lebih dari apa yang kamu fikirkan.

Kita sangka apa yang kita nak itu yang TERBAIK. Tapi, apa yang Allah beri itulah yang TERBAIK.

Rezeki Quote - Alhamdulillah Syukur

Sudah menyebut ALAHMDULILLAH? Bersyukurlah kerana masih bernyawa hari ini.

Ya Allah yang menciptakan langit dan bumi, jadikanlah aku, keluargaku serta keturunanku menjadi hamba yang selalu bersyukur kepadaMu.

Tanpa kita nampak. Tanpa kita sedar. Tanpa kita peduli. Sebenarnya, Allah sentiasa bantu kita dalam diam. Bersyukurlah sentiasa dengan nikmatNya.

Setiap kali bangun pagi, berdoalah dan ucapkan syukur banyak-banyak kerana masih diberi kesempatan untuk hidup.

Rezeki Quote Rezeki Quote Rezeki Quote