MITSUI FACTORY OUTLET KLIA SEPANG

image

Semalam, berkesempatan pergi ke Mitsui Factory Outlet KLIA Sepang. Outlet ini baru dibuka semalam. Khabarnya 70 peratus milik syarikat daripada Jepun (Mitsui) dan 30 peratus milik syarikat tempatan.

Saja je menjengok apa yang ada dalam factory outlet ini hihi. Aku pun taklah segigih mana. Kawan yang terlebih gigih. Aku follow dan temankan ajer ler.

image

Sedikit hairan sebab walaupun baru hari pertama dibuka, parking RM2 sejam tetap kene bayar. Selalunya dapat masuk free. Hairan betul.

Pastu machine bayar parking sedikit + rosak dan akhirnya menyebabkan orang beratur panjang di kaunter pembayaran. Last2 aku tengok diorang assign orang untuk jaga di pintu gate keluar (bayar sewaktu nak keluar).

image

Kebanyakan pekerja nampak macam orang Jepun semuanya hihi. Tak nampak sangat pekerja tempatan. Baru lagi kot. Baru nak setup itu ini. Nampak tak ready semuanya. Outlet yg dibuka pun tak banyak sangat dan aku tak teruja sangat nak membelinya.

Nampak orang yang pulang pun ramai yang melenggang. Agaknya sama macam aku kot, tak ada lagi produk atau jenama yang betul betul imprezz nak beli.

Aku grab 2 pasang baju kemeja kerja jenama sacoor. Dapat diskaun 75 peratus dikk. Harga asal RM405 macam tu yang akhirnya dapat RM101 sehelai. Kualiti kain pun lebih elok berbanding G2000. Semalam baru aku tahu, jenama G2000 ini dari Singapura rupanya asal usulnya.

image

image

Bolehlah lepas raya atau sebelum raya nanti jengok jengok Mitsui Factory Outlet ini lagi. Time tu insyaallah banyak lagi kot outlet yang buka dan lebih selesa harapnya.