9 FAKTA MENGENAI PHI PHI ISLAND

  • Hat Noppharat Thara-Ko Phi Phi National Park juga dikenali sebagai Phi Phi Islands dek kerana kedudukannya yang terletak di barat dan selatan bandar Phuket
  • Berdasarkan kepada pengalaman aku, Menaiki bot ke Phi Phi Lea dan Phi Phi Don dari Krabi Town Chao Fah Bridge Pier adalah satu perjalanan yang amat menyenangkan¬†dan mengasyikkan.
  • Musim yang sesuai untuk menaiki bot menuju ke Phi Phi Island ini adalah pada bulan November hingga April.
  • Pulau pulau Phi Phi terletak kira-kira 48 Km tenggara dari Phuket, 42 km ke selatan dari Bandar Krabi dan 40 km dari Pantai Ao Nang. Ia boleh mengambil masa antara satu dan setengah jam hingga tiga jam untuk sampai ke pulau-pulau ini, bergantung kepada jenis bot. Bot-bot berlepas dari Phuket, Ao Nang dan Pier Chao Jauh di Krabi Town pada setiap hari.
  • Terdapat banyak aktiviti kayak, snorkeling dan memancing yang dibuat disini.
  • Suhu laut kekal pada 29 darjah Celsius sepanjang tahun
  • Pada waktu pagi, cara terbaik untuk menghabiskan masa di phi Phi Island ialah dengan melakukan aktiviti snorkeling – Terdapat banyak terumbu karang yang cantik + ikan ikan yang unik + air laut yang jernih.
  • Selepas letih dengan aktiviti snorkeling pada waktu pagi, perkara seterusnya yang terbaik ialah dengan melepak di Long Beach. Terdapat beberapa pondok kecil jenis pancake yang dibina dihujung pantai yang berbatu – sesuai untuk ambil gambar ūüôā
  • Phi Phi Island telah diundi sebagai pulau ketiga tercantik didunia

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) danGoogle +