Aku sedang menghadapi masalah bulu gugur pada Ryuu Hiroki Si Hensem Boy Hitam Legam ini. Yeah, salah satu faktor utama yang menyumbang kepada situasi ini ialah keadaan cuaca panas. Emmm, memang sejak kebelakangan ini cuaca panas. Yelah kan, cz Thailand sedang musim hujan time nie. Pengsan.
Johor pun katanya tengah musim hujan. So, Lembah Klang yang kat tengah-tengah ini panas terik + berjerebu. Sabar je lah.
Salah satu aktiviti rutin aku ialah menyikat rambut anak anak kucing bulu panjang nie. Hairan cz masing-masing berebut nak aku sikat bulu diorang. Agak-agak kalau lama sangat sikat rambat kucing yang ini, yang lain dok menggedik. Si Hiroki plak lagilah pelik. Sebelum ini memang suka menjauhkan diri je. Tapi kalau bab untuk disikat, memang dia menyerah diri. Macam tau tau je kan haha.
Syukurlah cz Hiroki makin pandai buang air di tempat yang betul. Makin mesra dan get ready untuk ‘mengahwini’ kucing-kucing betina yang ada. La nie dia ada 4 ekor bini 🙂 Siapa tahu dia akan mendapat bini kelima. Kita tengok dan lihat nanti 🙂 Insyaallah kalau ada rezeki.