Kedai Makan Nasi Ayam Sedap di Bangi

Alhamdulillah, untuk kali ketiga, aku makan tengahari lagi di kedai makan Nasi Ayam Yunna, Bandar Baru Bangi. Kali ini, bawa Fadzil. Waktu hujung minggu je lah dapat makan luar hahaha. Kali ini, aku order Nasi Ayam Yunnan Roasted dan Nasi Ayam Yunnan (Stim).

Sayur pula, macam biasa aku order Baby Kailan dan Taugeh. Kesemua harga yang dikenakan adalah mampu milik.

Lahap kami menghabiskannya sebab pagi tadi hujan. Jadi, tak keluar rumah. Lagipun, aku sibuk bertakafur merealisasikan keyword yang baru aku jumpa untuk blog utama. Huh! letih

Kak Ina yang memperkenalkan aku akan cara makan ayam stim ini. Tuangkan dengan sambal merah. Masyaallah, bapak sedap! Manakan tidak, sampai aku ketagih nak datang sini lagi hahahahaha.

Senarai Harga Menu di Kedai Makan Nasi Ayam Yunnan Al Awali Bandar Baru Bangi. See, mampu milik dan berpatutan bagi aku. Insyaallah.

Alhamdulillah, cepat habis dan perut pun kenyang. Makan dengan puas hati dan penuh menyelerakan. Menu yang tidak heavy. Mood memang tengah diet ni. Jadi, kita lebihkan makan makanan stim macam ini. Eh!!!

Ayam Penyet Kegemaran di Bangi

Alahai, lamanya tidak menyinggah makan di Restaurant Wong Solo Bangi. Rindu amat nak makan ayam penyet kegemaran hihi

Dulu, agak kerap juga makan ayam penyet di Wong Solo Bangi nie. Sengaja nak menjemukan diri. Sebab jauh dari rumah. Nak tak nak, kena makan kerap untuk buat rasa jemu di tekak jawa ini.

Tak pasti mengapa, rasa ayam penyet di Wong Solo Bangi ini agak berbeza berbanding dengan cawangan yang lain. Agaknya faktor tukang masak kot. I think the recipe adalah sama.

Rasanya masin pedas manis gitu. Ohhh melting sangat dengan rasa sambal merah dan sambal kicapnya tu. Kak Zue pernah tanya, sambal cili merah tu mereka giling.

Nak lagi lengkap menu makan di Wong Solo ini ialah, tambah kudapan emping jagung dan minum air avocado. Nyum nyum sedap.

Boleh lah makan nasi dengan keropok rangup. krap krup krap krup bunyinya. Air pula, Avocado. Wow memang sedap dan mengenyangkan sangat. Dahulu, nak order air avocaso ni susah. Asyik habis sokmo. Kali ini banyak pula stoknya. Agaknya sudah tambah kuota or stok kot.

MAKAN MALAM DI RESTORAN CEMPAKA RIMBA

image

Selama ini, tak terlintas langsung di benak fikiran aku untuk makan di Kompleks PKNS Bangi. Rupanya ada kedai makan sedap kat situ – Restoran Cempaka Rimba. Terletak betul betul disebelah KFC.
image

Kawan yang ajak makan kat sini. Katanya sedap dan harganya pun murah. 1st time nak masuk dalam sini, rasa teruja cz ramai orang yang makan kat sini. Timing kitorang datang tu memang tepat dan nyaris nyaris tak dapat meja. Syukurlah.

Kami order menu biasa – tomyam campur, sotong goreng tepung, sayur kailan ikan masin dan telur bungkus
image

image

Service diorang cepat. Rasa macam tak perlu tunggu lama untuk dapatkan makanan yang dipesan. Rasa pun not bad. Telur bungkusnya pun sedap.
image

Total harga yang perlu dibayar ialah RM20 lebih sahaja. Kira OK dan murah lah tu kan.

MAKAN NASI LEMAK DI HOT BANGI CHAR KUEW TIAW

image

Makan malam di Hot Bangi, Char Kuew Tiaw Bandar Baru Bangi. Saja keluar makan jauh sedikit sambil memikirkan hal peribadi, perniagaan dan masa depan. Gittteeewwwww katanya.
image

Lucunya, datang sini order nasi lemak. Aku rasa, nasj lemak dia lebih menyelerakan berbanding Char Kuew Tiaw. Emmm, tengok orang sekeliling pun macam lebih ramai yang order nasi lemak macam aku.

Peerrrhhhhh, rasa ayam berempahnya memang syok dan berbau harum. Biasalah, aku kan gila rempah ratus. Sesedap dan secukup rasa. Alhamdulillah.

RESTORAN BELAUK, BANGI

image

Izdihar pernah bagitahu di belakang Restoran Sup Urat Keting ada masakan panas/berlauk/nasi dagang/nasi kerabu yang sedap. Baru semalam aku dan Salina pergi sarapan kat sini. Itu pun cz Salina yang ajak dan bagitahu dia + family memang selalu bersarapan di sini pada hujung minggu. Syukurlah nak.

image

 

Lauk pauk yang ada disini memang agak banyak dan buat rambang mata aku jap hahaha. Biasalah, aku memang suka makan kari + gulai. Ada itik, kambing, ayam, ayam kampung, daging bagai. Mau tak pening kepala nak pilih mana satu? hahahahaha.

image

 

Last2, aku amik sambal kerang yang manis + gulai ayam kampung. Agak besar jugak saiz ayam kampung nya. Memang amat amat puas hati makan ayam kampung kat sini. Later haruslah pergi try makan tengahari kat sini pula. Kata pekerja di restoran ini, orang ramai makan kat sini time tengahari. Itu pun cz ditegur suruh ambil gambar sewaktu tengahari ( orang tengah ramai) hahahahaha. Sabar je lah.

image

 

salina pulak ambil lauk kegemaran mak dia katanya. Pengsan 10 kali.

image

 

Makcik kat depan restoran ini pun dah start jual pisang goreng. Time tu rasanya sudah pukul 10 pagi lebih. Hairan, ada ke orang yang nak makan pisang goreng pada waktu camtu? Emmm, aku lah tu kan? Terus beli pisang goreng RM3 = 9 ketul. Aku suka pisang ini cz diorang guna pisang tanduk. So, memang tak lepaskan peluang untuk beli cz pisang tanduk camnie memang susah nak jumpa + harga agak murah berbanding UNITEN. Saiznya pun agak besar. So, untung disitu.

image

 

Jalan dengan aku memang sokmo makan, makan, makan dan makan je hahaha. Untunglah.

image

 

Syukurlah cz bos pun masuik pejabat agak lambat + tiada isu atau kerja sangat pada hujung-hujung tahun ini. So, kita menikmatinya dengan penuh kesyukuran yer dik….

ANA IKAN BAKAR PETAI

Malam-malam + hujan hujan memang syok dapat makan ala ala seefood ni kan ? hahaha…. Selalu sangat aku lalu depan Restoran Ana Ikan Bakar Petai yang terletak berhampiran dengan Plaza Tol Bangi. Nampak meriah je gamaknya dengan orang yang makan kat sini + parking. Kedudukannya pun betul betul bersebelahan dengan Balai Bomba. Memang sangat strategik.

 

Agak-agak rasa malas nak pergi tepi laut nak makan seefood tu, boleh lah makan sini. Kira bolehlah nak lepas rindu yang membuak tu kannnn.Tak ada bezanya pun.

Continue reading “ANA IKAN BAKAR PETAI”