KOS PERUBATAN
Aku tak pasti kucing lain macam mana cara penjagaannya. Rasanya lebih kurang je kot. Disini aku bercerita mengenai pengalaman aku menjaga kucing parsi. Dah aku pelihara kucing baka ini sahaja. Nak buat macam mana kan. Pengsan.
Aku tak tahu macam mana kos perubatan untuk baby manusia. Rasanya jenuh nak layan kos perubatan untuk kucing parsi ini. Sekejap kene suntik, bagi makan pil, kasi minum cecair bagai etc. Speechless jap time pertama kali bela kucing baka parsi ini. Rasanya kucing kampung taklah macam ini. Pengsan cik kiah.
Kucing baka parsi ini bukanlah baka tempatan. Cuaca Malaysia yang lembab,panas dan hujan ini tak berapa sesuai dengan diorang. Lebih-lebih lagi kalau baka diorang ini memang jenis yang bulu lebat dan panjang. Pantang panas sangat, mesti diorang akan terjelir lidah cz kepanasan.
Normally, pemilik kucing parsi ini akan pasang air cond kat rumah. Paling tidak, akan buka kipas time cuaca panas. Paling jenuh time cuaca jerebu hari tu. Kesian diorang. Bayangkan, aku yang berkulit ini pun berpeluh dek kepanasan. Apatah lagi diorang yang ‘berselimut bulu tebal’ tu. Kesian OK.
Selain 3 bulan sekali vaksin yang wajib untuk kucing, pemilik perlu bersedia mengeluarkan belanja untuk rawatan lain seperti selsema, kutu, fungus dan cirit birit.
Kalau ikut sejarahnya, Queen Victoria yang mempopularkan kucing ini. Dia memang pencinta kucing parsi berbulu lebat. So, very the citarasa kerabat diraja yang super kaya. Sedih sambil mengira duit syiling