KENAPA HARGA KUCING PARSI MAHAL – PART 1

Nama pun meniaga. Kalau tak dapat untung (walau dalam bentuk apa sekalipun), tak ada siapa yg nak berniaga. Nak jual murah, kenelah tengok kualiti dan kos production nya dahulu :). Harga jualan (walau dalam bentuk apa sekalipun) mestilah melebihi kos atau at least adalah sama dengan cost of production. Simply like that lah gamaknya. Very the accounting & business math. Pengsan.

HARGA MAKANAN

Haaa, sekarang ini gigih kerajaan dok pung pang pung pang pasal harga makanan ternakan yang mahal. Errrr harga makanan haiwan peliharaan pun terkena tempiasnya sekali. Kita ambil paling basic punya makanan jenama Equilibrio yang berharga RM160 lebih untuk 10kg. Ini harga yang paling murah pernah aku dapat. Besar kemungkinan harga jualan di tempat biasa boleh capai lepbih mahal daripada itu. Belum lagi sentuh bab jenama Royal Canin. Average harga makanan kucing jenama Royal Canin ialah RM270 ( Royal Canin Persian 30). Macam aku, memang akan cari ceruk dunia yang jual pada harga average RM230 lebih 🙂

Aku sentiasa berdoa agar harga makanan haiwan peliharaan ini akan jadi lebih murah atau maintain je lah kannn. YES, ada makanan haiwan peliharaan yang lebih murah (depend on jenama dan kelas makanannya). Then, semua tu bergantung kepada ‘citarasa’ kucing itu sendiri. Dah kalau dia taste nak makan makanan yang murah, nak buat macam mana? Begitu juga kalau sebaliknya. Memang kene get ready dengan semua ini.

That why kalau nak beli kucing tu kene tahu dulu, kucing tu makan jenis / jenama yang mana satu 🙂 lain jenama, lain cara packagingnya. Ada yang for all dan ada yang untuk certain2 baka kucing sahaja (mengikut kesesuaian). Like Royal Canin, memang ada banyak jenis :  30,32,34 dan banyak lagi huhu. Setiap satu jenis makanan ada khasiat dan kelebihan masing-masing.

Itu belum masuk suppliment diorang. Yelahkan, kata nak kucing cantik. Takkan nak biarkan diorang sememeh je kan. At least benak hati mesti nak diorang kelihatan cantik. Then tayang kat kengkawan. Haruslah pemiliknya nak minta dipuji. Pengsan 100 kali.

Haaaa, kalau ada baby kucing pulak kene get ready in case diorang jenis yang minum susu (selain daripada susu mak kucing).  1 Liter pun harganya average RM27 rasanya. nak lebih murah lagi, beli jenis susu tepung dan bancuh sendiri. Very the mak mak u ollzz.