Pada mulanya aku memang malas nak pergi makan malam kat Atmosphere 360 KL Tower ini. Tapi, hati macam rasa tak sedap plak kan (walaupun) hihi. Tu yang aku gagahkan jugak untuk datang sini. Think positive je lah kan ahaks. Lagipun, boleh ambil gambar dengan pemandangan cantik kat sini.
Kalau tak silap, harga sekepala untuk makan malam di sini lebih kurang sekitar RM180 rasanya. So, kita layan dulu makan makan kat tempat mahal macam ini ๐
Yeah, aku amat menggemari tiram ๐ Kalau dapat ini memang gila aku dibuatnya. Boleh plak malam tu diorang hidangkan menda alah ini. Haruslah aku borong semua kan? Tapi dek kerana fikir kat kesihatan hari tua, aku makan sedikit je ahaks. Ambil lebih kurang 5 tiram je kot.
Menikmati pemandangan malam (via amil gambar) adalah lebih baik daripada makan-makan kat situ. Emm, aku rasa berbaloi dan sesuai kot harga yang dikenakan kat situ. Makanan yang dihidangkan pun not bad dan pelbagai. Im not sure jenis menu yang bagaimana dihidangkan kalau pada hari biasa.
Yeah, aku berpuas hati dengan makanan kat situ. Cuma, dek kerana aku masuk sini free + sedang bekerja, jadi aku tak dapat nak feel kesedapan makanan kat sini sangat. Tak boleh makan kenyang-kenyang. Hanya sekadar jamah cekut cekut mana yang berkenan je ahaks. Syukurlah.
Makan malam sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam. Perhhhhh, memang cantik siot.
Kita boleh buat tempat ini as candle light dinner / propose somebody / for a special one. Aku feeling-feeling romantik gitewwwww ahaha.