31 Ayat Salam Jumaat Yang Penuh Berkah

21 Ayat Salam Jumaat Yang Penuh Berkah

“Salam Jumaat yang penuh berkah” merupakan ucapan yang penuh dengan harapan dan kebaikan untuk menyambut penghulu segala hari, iaitu hari Jumaat. Semoga hari Jumaatmu diberkati dengan kebahagiaan, kedamaian, dan keberkatan yang melimpah ruah. Insya-Allah

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan melihat mentari. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.

Ya Allah, Di hari Jumaat yang mulia aku memohon agar Engkau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku, saudara saudaraku, sahabat sahabatku dan seluruh ahli keluargaku. Tunjukkanlah kami ke jalan yang benar. Berkatilah hidup kami du dunia dan akhirat. AMIN.

31 Ayat Salam Jumaat Yang Penuh Berkah (Gambar)

Salam Jumaat. Barangsiapa yang mempermudahkan KESULITAN orang lain, maka Allah akan MEMPERMUDAHKAN URUSANNYA di DUNIA dan di AKHIRAT.

Ya Allah Ya Muqallibal Qulub. Janganlah dipesongkan hati kami setelah kami mendapat hidayahMu. Tetapkanlah hati kami dalamm iman dan sudahi hidup kami hanya dalam agama islam Ya Allah.

31 Ayat Salam Jumaat Yang Penuh Berkah (Gambar)

Salam Jumaat yang barakah. Ubah apa yang kita pilih untuk lakukan pada setiap hari. Nescaya hidup kita akan berubah pada suatu hari nanti.

Rezeki akan melimpah jika dibahagi, ilmu akan bertambah jika dikongsi, kasih sayang akan bercambah jika diberi. Jangan kedekut, jangan tamak dan tak perlu bimbang kerana segalanya hanya dari Allah SWT. Itu yang pasti.

31 Ayat Salam Jumaat Yang Penuh Berkah (Gambar)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Salam Jumaat yang penuh barakah.Bersyukur itu nikmat, sabar itu indah. Semoga Allah memberikan segala kemudahan untuk segala hal yang kita lakukan demi sebuah kebaikan.

31 Ayat Salam Jumaat Yang Penuh Berkah (Gambar)

BERBUAT BAIK ITU TIDAKLAH SIA-SIA. Sebenarnya, orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. – Surah al-Kahfi Ayat 30.

Salam Jumaat. Semoga doa-doa yang kita panjatkan hari ini, akan Allah kabulkan suatu hari nanti. Percayalah, tidak akan ada doa yang sia-sia selama kita percaya, bahawa Allah adalah segalanya.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Dunia ini cuma persinggahan. Akhirat jualah yang kekal abadi. Maka kejarlah dan perbanyakkanlah bekalan di akhirat sana. Semoga hidup kita diberkati.

Salam Jumaat. Jom kita berselawat. Semoga kita semua mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT di hari Jumaat yang mulia ini.

Baca: Assalammualaikum Selamat Pagi – 35 Bergambar

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Alhamdulillah. ALLAH Masih izikna kita bangun pagi ini.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan hari ini. Semoga nafas ini selalu bersyukur. Semoga lisan ini selalu berzikir dan semoga semua gerak langkah ini selalu ibadah kepada Allah swt

Alhamdulillah… masih diberikan kesempatan untuk menikmati dan mensyukuri segala nikmat Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, di hari Jumaat yg mulia ini, berilah pertolongan kpd kami untuk mengingatiMu, bersyukur keatas pemberianMu dan beribadah sebaiknya untukMu.

Ya Allah, Kami memohon keampunanMu dpd semua kejahatan yang telah kami lakukan. Tiada yg dapat mengampuni dosa dosa kami kecuali Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun n Maha Penyayang. Sekiranya masih lagi ada dosa di akhir hayat kami ya Allah, hitunglah kami dengan perhitungan yang mudah dan ringan keatas setiap kejahatan kami.

Ya Allah, rahmatilah kehidupan kami, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya Allah Ya Rahman. Cucurilah rahmatMu kepada kami semua dan limpahi kami dengan hidayah dan petunjukMu agar segala gerak kerja kami hari ini terpimpin dan menjadi mudah saterusnya berakhir dengan kesudahan yg baik.

Ya Rabb Ya Ghaffur, di hari jumaat ini berilah kami kekuatan dan keazaman utk menambah baik amalan-amalan bacaan al Quran kami, zikir-zikir kami, sedekah-sedekah kami serta pengeratan tali silatulrahim di antara kami.

Ya Allah Ya Ghaffur ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, anak isteri kami, kaum kerabat kami, guru-guru kami, sahabat sahabat kami dan sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat samada yg masih hidup atau telah mendahului kami mendapat RahmatMu Ya Allah.

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang

Bismillahirahmanirahim. Ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa pasanganku, dosa-dosa anak-anakku, dosa-dosa adik beradikku serta semua dosa-dosa orang yang aku sayang.

Ya Ghaffar, dihari Jumaat yang mulia ini ampunilah dosa kami, dosa orang tua kami, pasangan kami, anak-anak kami, saudara mara kami, seluruh ahli keluarga kami, jiran tetangga kami, sahabat handai kami, guru-guru kami, mereka yang pernah kami zalimi, mereka yang menzalimi kami dan seluruh umat Islam.

21 Ayat Salam Jumaat Yang Penuh Berkah

Ya Allah Ya Qahhar. Kami memanjatkan rasa syukur kepadaMu kerana masih diberi nafas pada hari Jumaat ini untuk meneruskan kehidupan seharian yang penuh dgn rahmatMu.

Ya Tuhanku, Masukkan kami dalam golongan orang 2 yang selalu mengingatiMu, permudahkan urusan kami, berilah kami kebahagiaan dunia dan akhirat. Lindungi kami dari malapetaka yang menyesatkan.

Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan segala puji bagiNya. Perbaikilah agama kami yang paling penting pada kami. Perbaikilah dunia kami yang menjadi kehidupan kami. Perbaikilah akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Jadikan hidup kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kami. Jadikan kamatian itu sebagai istirahat kami dari segala kejahatan.

Ya ALLAH YA RAHMAN. Kami berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan Penyakit Yang buruk.

Ya ALLAH hilangkan dari kami bala bencana, wabak penyakit, dan segala perkara keji. Tiada yang dapat menghilangkannya melain Engkau.

Ya Jabbar Ya Muntaqim, kami memohon kepadaMu Ya Allah, kurniakanlah kedua ibu bapa kami tempat istimewa disyurgaMu.

Salam Jumaat Yang Penuh Berkah Salam Jumaat Yang Penuh Berkah