MAKAN DURIAN BERSAMA AZLINA

image

Aku menaip entry ini di atas kapal terbang sambil makan salted peanuts. Asalnya ambil sebungkus, lepas abang tu kata ambil banyak banyak pun tak apa…terus aku ambil 6 bungkus. Ayat sarkastik atau jujur ke apa tu? Hihi

Aiii, kene laju buat entry nie cz aku rasa macam blog aku ni tak up to date. Ada je halangan dan tekanan perasaan yang menghalang aku dari mengupdate blog sendiri. Sentap.

image

Tengahari (lewat pagi) tadi plan asalnya nak makanΒ  ayam kampung bersama Azlina Latoya London. Tapi aku agak tak menang tangan nak buat benda dan blur blur camtu. Tu yang aku ajak dia jalan jalan tengok buah. Last2 makan buah durian terus.
Continue reading “MAKAN DURIAN BERSAMA AZLINA”

ORANG SINGAPURA SUKA MAKAN DURIAN KAMPUNG

image

Durian Kampung – 3 bungkus RM10 :). Terus cepat cepat beli. Sometime, rasa durian kampung lebih sedap berbanding rasa durian yang ‘bervarieti’ bagai nie. Rasanya lebih original dan pure.

Pernah sekali aku dok join sembang dengan geng geng wartawan pertanian. Diorang kata, orang Singapura lebih suka makan durian kampung berbanding jenis jenis durian yang lain. Alasannya still sama juga – original dan pure. Not sure entah betul atau tidak.

Lain orang, lain citarasanya.

MAHA 2012 : DURIAN MUSANG KING VS D24

Bagi aku, daya tarikan utama untuk MAHA 2012 ini ialah lambakan harga murah untuk buah buahan etc . .especially Durian bergred mahal seperti Musang King dan D24 πŸ™‚

image

Serious. . .disini, average harga sekilo untuk Musang King ialah RM9 dan D24 ialah RM5. Kalau nak lagi baik lagi adalah dalam RM12 sekilo camtu. Ada juga yang juak secara bundel area RM10 untuk 2 biji atau 3 biji.
Continue reading “MAHA 2012 : DURIAN MUSANG KING VS D24”

DURIAN MUSANG KING MURAH

image

Seronok bukan kepalang cz dapat beli musang king pada harga diskaun 50% di Carrefour Alamanda Putrajaya. Yelah kot, beli pun lepas maghrib camtu. Mesti lah dapat harga murah.

Tapi lepas balik + makan, aku tak rasa itu adalah durian musang king. Macam dah bercampur dengan durian D24 je. Bukan ke biji untuk durian Musang King tu kecil je saiznya? Dan biji untuk durian D24 pulak lebih besar saiznya. Isi, warna dan rasanya pun berbeza. Aiiiioo. . . . Next time kene hati2

MUSANG KING IS MAO SANG KING

Sepengetahuan aku, durian yang paling mahal harganya ialah durian jenis Musang King.

image

Semalam time jalan2 cari barang kat Carrefour Alamanda ada mamat tu buat offer durian Musang King RM30 untuk 2 bungkus. Walhal harga asal ialah RM20 sebungkus. Oh, myb cz time tu dah agak malam cikit so diorang nak habiskan stock. Aku apa lagi, rembat r 2 bungkus terus. Satu aku habiskan dlm kereta dan satu lagi aku simpan dlm peti sejuk dulu hihi. Makan sejuk2 sedap nyum nyum. . .Β  .

Not sure sebenarnya berapa harga pasaran untuk durian ini sebenarnya. Sentiasa berubah ubah mengikut demand and supply. Kekadang tu aku keliru gak kat mana lebih murah? Samaada di shopping2 mall atau di gerai2 tepi jalan. Cz pengalaman yang aku dapat berbeza2.

image

Kalau mahu makan durian yang fresh dari ladang. . .Β  pergi r kat mana mana gerai yang menjual durian selewat lewatnya pada waktu tengahari. Logiknya, bukan ke durian jatuh pada waktu malam? Means, pada waktu pagi tu diorang akan kumpulkan durian2 tu + angkut terus ke gerai jualan.

Kalau pergi cari / beli / makan durian time malam, rasanya tak sesedap mana kot. Cz dah tak fresh + lama jatuh + terdedah dengan cuaca panas lama sangat + yang sedap2 orang dah sambar dulu πŸ™‚ hihi

Ini based on pengalaman aku je.

Tapi rasanya durian makin lama macam makin kurang je. Mana taknya, monyet + kera dan sejenis dengannya makin lama makin banyak kat sana sini. Habis tanaman dirosakkannya. Tak tahu apa PERHILITAN buat. Monyet / kera / beruk dibiar bebas kat kawasan penempatan manusia. Yang teruk orang kampung yang kurang pemahaman mengenai perkara ini. Pengsan

Sekadar mengambil contoh akan situasi di tempat aku sahaja.

DURIAN KAMPUNG

Jumaat malam sabtu memang malam yang sesuai untuk merendek di Kota Raya πŸ™‚ Jadi malam ini aku merendek sampai ke Bandar Sri Permaisuri Cheras. Semata mata untuk makan durian.

Gerai menjual durian ini terletak di tepi jalan je. Dekat dengan simpang 3 + berhadapan dengan Maybank. Tahun lepas pun aku memang pernah pergi sini. 3 malam berturut2 cmtu.. Gitew

Hajatnya nak makan Mao Sang King atau D24 atau 101 atau yang seangkatan dengannya. Tapi time kami datang nie yang ada cuma durian kampung + + je. Tapi tak apa lah, bedal je. Lagipun harganya pun boleh tahan murah jugak. Ada RM10 utk 2 biji dan ada juga RM20 untuk 3biji. Depend on size.

Tapi puas juga sebenarnya. Yelah, banyak kot aku makan..huhu. Lagipun keluarga aku dulu memang ada dusun durian. Kenangan sangat..

Semasa kecil dulu (sebelum pindah), dusun tu memang di belakang rumah je. Memang macam macam ada. Rambutan + durian + manggis + cempedak + nangka + cengkih + kari + sukun +++ Siap ada kolam lagi. Oh, sedih..now dah semak. Semasa nenek aku sihat lagi, dialah yang rajin dok bersihkan kawasan itu. Yang penting akulah cucu yang sentiasa menemaninya. Semoga Allah memanjangkan usia nenek aku. Insyaallah

Cucu kesayangan katanya πŸ™‚

Posted from WordPress for BlackBerry.

DURIAN

Musim durian kelihatannya sudah muncul kembali πŸ™‚ Kalau nak diikutkan keadaannya kebanyakan durian yang ada dipasaran datangnya dari belah selatan khasnya Johor dan Melaka.

Haritu, time balik kampung aku hanya sempat makan bubur durian je. Hihi.. Jadi, alang alang hari ini macam nampak senggang je..apa lagi. Aku usha usha lah kat tempat mana yang jual durian. Lucky kak zue ada πŸ™‚

So, lepas maghrib tadi aku pergi lah jalan jalan cari durian di Dengkil (seperti yang kak zue) kata. Tempatnya adalah jalan menuju ke KLIA, traffic light simpang empat ke arah Dengkil. Yup, akhirnya aku jumpa juga gerai yang dimaksudkan kak zue.

Biasalah, waktu malam kebanyakan buah dah nak habis. So, kami dapat durian yang sisa sisa belum habis dijual. Pengsan.. Apa yang tinggal hanyalah durian 2 biji RM10, 3 biji RM10 dan beberapa biji Durian Mao Sang King. Durian D24 dan 101 nampak macam dah habis. Aiiiii, tak merasa sangat lah kalau kat sini.

So, aku cuma beli Durian Mao Sang King sahaja. Itupun cz dapat murah.RM12 sekilo. Katanya kalau waktu siang, diorang jual RM18 sekilo. Jadi, bedal je lah..janji boleh lepas gian hihi.

Effectnya…aku kepanasan now.Lucky aku makan sikit je. Kalau tak, memang nayalah aku. PANAS…susah mau tidooooo. Pengsan

Posted from WordPress for BlackBerry.

MUSIM DURIAN

Tak sangka musim durian start dari belah selatan. Time lalu highway kat area johor, banyak je lori yang angkut durian menuju ke lembah klang / utara. Geram tengok. Aku masih lagi tidak berkesempatan untuk memakan / membeli durian. Geram betul πŸ™‚

Lucky tadi aku singgah sebentar ke rumah pakcik aku. Dapatlah juga merasa kuah durian. Makan dengan roti / lempeng ahaks. Sedap jugak. Katanya guna durian jenis 101. Mesti best kalau dapat makan Mao Sang King pulak. Huhu

Sebenarnya kat area rumah di kampung aku ini dulu memang ada tanam pokok durian. Aku sendiri memang menjaganya. Tapi, Nak buat macam mana aku sendiri berjalan sana sini, jarang balik kamping, banjir.. Tu yang pokok tu mati. Cerita lama..

Lagipun kat kampung ni siapalah yang ada. Masing masing bagi 1001 alasan. Rumah semak pun dibiarkan..rumput panjang bagai. Pemalas. Buat perkara mudah pun xmahu. Hurmmmm semua mahu diketuk satu satu. Buat decision pun lambat..xcergas langsung.

Posted from WordPress for BlackBerry.