Pengalaman 4 Bulan Guna Simple Hydrating Cleansing Oil

Pengalaman 4 Bulan Guna Simple Hydrating Cleansing Oil

Orang kata, kalau guna sunscreen, wajib buat double cleansing – cuci muka guna minyak dan kemudiannya cuci guna pencuci biasa. Cuci muka guna minyak? Biar betul kan? Aku sendiri pun terkejut dan seakan tidak percaya betul ke info yang aku baca ini. Teknologi dan ‘kaedah’ penjagaan muka zaman sekarang telah banyak berubah (atau aku yang tidak tahu selama ini). Macam macam kaedah, penemuan dan info yang diperolehi. Terma yang digunakan pun sudah berbeza dengan apa yang aku ketahui selama ini.

Kulit muka aku ini boleh dikatakan jenis combinantion – normal dan berminyak. Tengok gaya, banyak blackhead dan whitehead di muka. Jerawat pun bergilir-gilir tumbuh di muka. Hari ini tumbuh di sini. Selepas sembuh, tumbuh pula jerawat di tempat lain. Pelik aku dibuatnya.

Rejim penjagaan muka aku bermula sekitar bulan September 2019 yang lalu. Sebelum ini, aku hanya pakai pencuci muka biasa sahaja. Tapi, selepas rasa macam ada keperluan untuk menjaga kulit muka, aku banyak membaca dan belajar macam mana nak jaga kulit muka agar nampak bersih, lembap, segar dan awet muka ahaks.

Cleansing oil daripada jenama Simple adalah antara produk awal yang aku gunakan. Dalam banyak-banyak jenama, aku akan prefer jenama SIMPLE sebab kandungannya selamat untuk kulit muka sensitif. Mungkin, aku boleh kata, sesuai untuk semua jenis kulit muka. Tidak buat kulit muka merengsa / breakout. Simple Hydrating Cleansing Oil ini aku beli di Watson pada harga sekitar RM40 rasanya. Mungkin pada waktu promosi, harganya boleh jadi lebih murah atau lebih mahal berbanding apa yang aku perolehi pada ketika itu.

Aku guna sehari sekali sahaja pada waktu lewat petang. Pakai pun jika aku ada menggunakan sunscreen pada hari itu. Setakat ini, rutin harian ini aku buat. Pernah beberapa kali aku tinggal, kulit muka aku tumbuh jerawat berderet-deret. Besar pulak tu. Nampak sangat cleansing oil ini sangat penting dalam penjagaan kulit muka harian aku. Nampak perbezaannya lah.

Seperti produk jenama SIMPLE yang lain, cleansing oil ini tidak berbau dan senang untuk dicuci. Hanya perlu beberapa titis sahaja, dah boleh cucui seluruh permukaan kulit muka dan leher. Terasa perbezaannya sebelum dan selepas menggunakan cleansing oil ini. Yup, aku selesa.

Boleh tahan lebih dari 4 bulan. Aku rasa, kalau aku betul-betul pakai dengan cermat, mungkin boleh tahan sehingga setengah tahun lamanya. Berbaloi lah juga. Dengan harga RM40, aku boleh pakai berbulan lamanya.

Antara produk yang mungkin akan aku beli lagi kelak.