Ciri-Ciri Kucing Comel Yang Sihat

Kali ini kita kongsikan apakah ciri-ciri kucing comel sihat yang boleh kita lihat melalui tubuhnya. Ciri-Ciri Kucing Comel Yang Sihat

  • Perut – Kucing comel yang sihat punya perut yang tidak keras apabila ditekan serta sedikit boroi. Perut yang membuncit pada saiz yang agak besar, itu mungkin petanda¬†ada cacing dalam perut kucing comel anda
  • Hidung – Kucing comel yang sihat tidak akan mempunyai hingus yang meleleh-leleh.
  • Mulut – Air liur tidak seharusnya meleleh jika kucing anda sihat walafiat. Ia juga mesti tidak berbau + gigi putih + gusi berwarna merah jambu.
  • Telinga – berwarna merah jambu, tidak berbau, bersih, tiada parasit mahupun kotoran. Telinga perlu dibersihkan pada tempoh masa tertentu.
  • Berat badan – tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Sedap-sedap manja je untuk dipeluk.
  • Bulu – Lembut apabila dipegang. Bebas daripada kutu dan tidak gugur
  • Kulit – tidak merekah dan tidak terlalu kering.
  • Kaki – berdiri tegap dan tidak terhenjut-henjut tatala berjalan / berlari
  • Mata – kelihatan bersih, bersinar dan tiada sebarang tanda kemerahan. Tahi mata yang tidak berlebihan sangat.