KENAPA HARGA KUCING MAHAL – PART 3

Aku memang suka buat entry bersiri. Jenuh OK nak cari ideas to make sure blog ini sentiasa update hahaha. At the same time bukannya sengaja pun. Logiknya, aku suka mengasingkan setiap point yang ada. Jenuh nak taip panjang panjang dalam satu entry yang sama.

Entry ini antara lain menerangkan (dengan cara aku) kenapa harga kucing parsi mahal. Aku cerita pasal kucing parsi sahaja cz aku bela kucing baka ini. Baka yang lain aku kurang pasti. Harapa maklum.

Kali ini aku bercerita mengenai penjagaan bulu kucing parsi ini yang memang boleh dikategorikan sebagai paling lebat. Eh, ada ke baka kucing peliharaan lain yang lebih lebat berbanding baka kucing parsi ini?

Seriously, jauh dibenak hati aku ada sedikit penyesalan cz bersetuju untuk membela kucing baka ini. Tak tahu pun macam mana nak bela kucing baka ini time decide nak beli time tu. Kalau aku tahu, mahu je bela kucing jenis bengal yang memang berbulu ciput huhu. Apapun, setiap kucing ada peminatnya dan setiap orang ada citarasanya yang tersendiri. Seriously, semua kucing memang ditakdirkan Allah as makhluk tuhan paling comel ūüôā

OK, back to penjagaan bulu kucing ini. Normally untuk kucing parsi yang berbulu lebat / panjang memang kene sikat setiap hari. Then, memang kene mandikan diorang average 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Depend on keadaan bulu diorang + kebusukan diorang hahahaha. Ini penting untuk membuang bulu bulu yang telah gugur tapi masih melekat di badan diorang.

Tabiat kucing yang suka menjilat badan untuk membersihkan diri menyebabkannya boleh tertelan bulu. Bulu bulu ini tidak dapat dihadam dan terkumpul di dalam perut. Setelah banyak, bulu bulu ni akan bergumpal dan membentuk hairball.Sesetengah kucing akan memuntahkannya melalui mulut.Namun ada jugak kucing yang tak dapat keluarkan benda alah ni..Gumpalan bulu ini akan menghalang saluran sistem pencernaan dan mengundang penyakit.

Tang aku pula yang very the pemalas ini kekadang terus gunting je mana mana hairball yang terletak kat badan diorang. Jenuh nak sikat satu persatu. Memang diakui aku agak kurang konsistan menyikat bulu diorang. Kalau rajin dan ada masa sembang ja. Pengsan

CARA PENJAGAAN KUCING PARSI

Antara jenis¬†kucing yang popular di Malaysia ialah kucing Parsi atau Persian. Bahagian mukanya yang ‘ke dalam’ atau ‘flat’ membuatkannya kelihatan sangat comel. Kucing jenis ini juga mempunyai bulu yang panjang , ¬†lembut dan beralun. Namun begitu, disebabkan dua perkara inilah juga kucing Parsi memerlukan penjagaan khas daripada pemiliknya. Pengsan
MENJAGA BULU KUCING PARSI

Kucing Parsi tergolong di dalam kategori long-haired, dimana ia mempunyai double coat yang membentuk lapisan bulu-bulunya. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut.

Jika anda memelihara kucing Parsi, maka anda perlu menyikatnya setiap hari. Hal ini adalah disebabkan oleh bulu-bulunya yang amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing long-haired yang lain, kucing Parsi mudah membentuk mats yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh. Gumpalan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.

Dek kerana itulah jika anda ada membela kucing jenis ini, anda wajib dan perlu untuk menyikatnya setiap hari (Bergantung kepada kepanjangan bulu kucing itu). Gumpalan ini biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini. Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda dari masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang.

Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit. Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke vet untuk dicukur keseluruhan bulunya. Risau tak? Continue reading “CARA PENJAGAAN KUCING PARSI”