BUFFET RAMADHAN DI HOTEL DOUBLETREE HILTON KUALA LUMPUR 2012

eyriqazz vs denaihatiAku rasa semua orang tahu di mana letaknya Hotel Doubletree by Hilton Kuala Lumpur ini 😛

Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

Kali ini aku nak suggest kan buffet ramadhan di Hotel Doubletree by Hilton ini.

Aku sendiri sebenarnya tak pernah makan ramadhan buffet di hotel ini. Tapi aku pernah makan buffet sebanyak 2 kali di hotel ini iaitu pada sekitar bulan 12 tahun lepas. Aku datang sini pun atas ticket sponsored / secara langsung dan tidak langsung as my birthday celebration. Nak nak time tu ada gerhana bulan. Sweet sangat OK hihi. Comel je

Kenapa aku memilih tempat ini?

  • Juadah yang disediakan memang memenuhi selera aku yang memang kuat makan nie 🙂
  • Pemandangan berlatar belakangkan KL. Mesti comel je dapat makan sambil tengok view KL di waktu malam
  • Ada banyak section dengan pelbagai jenis juadah. Nyum nyum
  • Layanan dan perkhidmatan yang diberikan memang terbaik.
  • Suasana hotel/restoran yang selesa
  • Ada sijil halal daripada JAKIM
That why aku harap ada lah rezeki lebih (terlebih) untuk aku pergi berbuka puasa di sini semasa bulan ramadhan nanti. Pengsan….
Berikut merupakan keterangan untuk Bazaar Ramadhan di Makan Kitchen Doubletree by Hilton KL untuk tahun 2012.

Harga Buffet di Bazaar Ramadhan

  • RM98++ per adult (first week and last three days)
  • RM108++ per adult (the rest of the days)
  • Half price for children 12 years and below

Appetizer Highlights

  • Aneka Kerabu – Kerabu Pucuk Paku, kerabu nangka muda bersama udang kering, kerabu tempe goreng dengan daun selom and many more.
  • Ulam Segar – Kacang botol, ulam raja, pucuk ubi, jantung pisang, terung bulat and more.

Live Bazaar Action Station Highlights

  • Roasted whole lamb served with tamarind dipping and spicy sweet soya sauce
  • Bubur Lambuk ayam dan daging
  • Sup kawah anika – thick broth with herbs and spices with a choice of beef ribs, oxtail, mutton or chicken.
  • Satay bakar
  • Ikan bakar daun pisang
  • Gerai mee ‘Apa Celup’

Malay Kitchen Highlights

  • Ayam percik panggang
  • Gulai daging kodiang
  • Kari udang mamak
  • Ikan patin masak tempoyak
  • Ketam masak lemak bernenas
  • Kuzi kambing
  • Gulai Ayam Kampung and many more

Indian specialities

  • Mamak style Kari Kepala Ikan
  • Murtabak Ayam
  • Roti Boom and Roti Canai
  • Butter Chicken
  • Chicken Briyani and many more

Chinese & Peranakan specialities

  • Chinese Dim Sum
  • Roast chicken, roast duck and BBQ char siew chicken
  • Tom Yam fried rice with BBQ chicken
  • Wok fried tiget prawns with butter and oat

Desserts

  • Kuih apam gula hangus, kuih badak berendam, kuih akok manis, kuih lopez, kuih cara manis and many more.

Untuk tempahan , please call 03-2172 7680 / 7272.

Sumber

TIPS MEMILIH BUFFET RAMADHAN

Genap 1 minggu lagi bulan ramadhan. Semoga ramadhan kali ini akan lebih baik daripada yang sebelum sebelumnya. Insyaallah.

Lupakan sebentar Eyriqazz vs Denaihati

Aku tidak pasti bagaimana dengan orang lain. Tapi, bagi aku dan orang orang yang aku kenal dan aku tengok. . . Ramadhan di bandar lebih banyak dipenuhi dengan tawaran tawaran buffet ramadhan dari restoran biasa hinggalah ke hotel hotel bertaraf bintang bagai. Ada sahaja promosi, daya tarikan dan keunikan yang ditonjolkan. Kadang kadang naik geram pun ada gak. Cz puasa kan. . geram tengok juadah makanan dan minuman yang pelbagai itu.

Susah sebenarnya nak pilih tawaran promosi buffet ramadhan yang benar benar berbaloi. Pada pandangan aku, antara aspek aspek utama yang perlu di ambil kira ialah :-

1. HARGA
Pastikan berbaloi harga yang dibayar itu dengan keenakan/jenis juadah yang disediakan.

2. KEDUDUKAN / JARAK
Pastikan kedudukan atau jarak restoran / hotel dari tempat kediaman / rumah tidak terlalu jauh. Biasanya waktu petang di bulan ramadhan memang akan sentiasa berlaku kesesakan lalu lintas yang over khasnya di lembah klang. Kalau ada public transport macam LRT lagi bagus.

3. REVIEW
Rajin rajinlah buat research kat internet atau kenalan berkenaan hotel / restoran yang nak kita pergi tu. Kalau ramai yang kata sedap. . kira OK lah tu. Kene ingat, ada sesetengah tempat tu tahun sebelumnya sedap dan tahun semasa tak sedap pulak. That why kene buat reseach betul betul. Aku pernah kene. . Oh sedih

4. STATUS HALAL
Pastikan tempat makan yang ingin kita tuju tu sudah dapat Sijil Halal daripada JAKIM. Kalau Pak JAKIM dah kata halal tu, memang halal r tu. Kene yakin dan percaya dengan dia 😉

5. KETUA TUKANG MASAK
Aku selalunya akan tengok dan semak dulu siapakah ketua tukang masak di tempat yang ingin aku tuju. At least aku tahu, makanan yang disediakan disini diseliakan oleh saudara seagama dengan aku. Secara langsung dan tidak langsung, adalah menjadi tanggungjawab dia untuk pastikan makanan yang disediakan disitu terjamin kesucian dan kehalalannya. Insyaallah