Bersebelahan dengan kedai Dayang Sarawak Corner, Sungai Besi ada kedai Ayam Penyey Tasik dan Satey Kajang 1917. Agak-agak bosan makan masakan Sarawak, bolehlah makan ayam penyet atau satey kajang pula hihi.
Kak Ain jenis yang penuh yakin suka mencuba benda baru. Agak-agak QC dia sudah lulus, barulah aku datang merasa pula. Dia kata sedap dan memenuhi selesa tekak cina dia. Supnya sedap katanya. Sambalnya pula digiling dengan penuh kasih sayang katanya ahaks.
Jadinya, aku pun mengajak dia makan untuk keesokan harinya. Aku order ayam penyet dan dia order ikan talapia. Nampak sangat menyelerakan dan kuantiti yang dihidangkan pun besar. Teruja mengambil gambar.
Aku perhatikan, diorang akan goreng ayam per order. Once orang order, barulah diorang akan goreng. Patutlah panas dan rangup. Memang puas hati rasa dan aromanya. Sambalnya pula kami siap tambah seorang satu sebab sedap.
Harga pula murah berbanding Ayam Penyet Wong Solo. Jadi, sesuailah dengan suasana persekitarannya. Boleh repeat lagi lain kali.