Aku bukanlah seorang yang suka makan luar. Tapi, kalau itu yang diajaknya. Terpaksalah mengikut orang. Sebab bagi aku, makan dirumah tetap lebih sedap berbanding makan diluar. Faktar harga, masa dan kesedapan banyak mempengaruhi pendapat aku.
Baca: 100+ Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik
Hari ini, mak aku berzikir mahu tengok kain di Jakel. Gigih tetap mahu JAkel di Bnadar Baru Uda. Sedangkan cawangan di Batu Pahat ada. Info yang aku terima, harga kain di setiap cawangan Jakel agak berbeza mengikut bandar. Orang Johor Bharu kan lebih kaya dan faktor Bandaraya kan. Berbanding Batu Pahat yang lebih Perbandaran dan kampung sedikit. Seharusnya harga pun lebih murah. Haaa, begitu alasannya.
Alang-alang datang sana, makan tengahari di Restoran Asam Pedas House. Ohhh terletak berhampiran dengan Plaza Angsana rupanya. Patutah aku rasa familiar je dengan lokasi. Bertentangan pula dengan lokasi pengambaran aku beberapa taun yang lepas mengenai usahawan keropok lekor. What a small world.
First impression aku ialah, kedai ini bersih dan teratur. Pelayan pun sangat sopan tatkala mengambil order. Mesra pelanggan. Penuh sopan mengatur bicara tatkal mengambil order dan memberikan cadangan menu yang bersesuaian. Kami order Asam Pedas Ikan Merah, Kailan Ikan Masin, Taugeh dan Telur. Minuman pulan pelbagai mengikut kegemaran masing-masing. Tempoh masa yang diperlukan untuk menunggu makanan siap dihidang adalah sekitar 15 minit.
Baca: HONG KONG SHENZEN DAN GUANGZHOU CHINA
Sedap! Aku yang asalnya Johor pun seakan lupa macam mana rasa asam pedas johor. Selalunya makan asam pedas melaka sahaja. Tak tahu apa beza asam pedas johor dan asam pedas melaka. Tapi sedap. Nasi yang dihidangkankan pun sedap. Rasanya guna beras wangi pun. Seakan sama denga jenis beras yang digunakan di Restoran Wong Solo.
Rasa telur dadar pun sedap. Walhal simple je. Tak pasti diorang guna apa. Enak. Cuma kuantiti sayur agak sedikit berbanding harga RM5 hahaha.