Syampu Kutu Kucing di DD Bangi Petshop

Syampu Dr. JD Nature Care

Sedang mencari syampu & perapi kucing yang menggunakan bahan semulajadi & pelbagai fungsi dalam satu botol? Cubalah produk Dr. JD Nature Care ini. Didatangkan dengan dua pilihan iaitu:-

  • Madu dengan minyak zaitun
  • Neem dengan aloe vera

Kena cuba nie. Sebab baunya amat menyenangkan & harummmmm. Antara khasiat produk ini ialah :-

  • Mengandungi Omega 3, 6 & 9
  • Anti kelimumur
  • Melembab, menyegarkan & melembutkan bulu si comel
  • Tidak mengandungi paraben, bahan kimia sintetik, pewarna tiruan & pewangi tiruan.

Syampu Fido Anti Bacteria

Syampu mandian kucing merupakan salah satu keperluan yang wajib ada. Syampu mandian harian kita (manusia) tidak sesuai untuk si comel kerana ianya mempunyai bahan-bahan yang tidak sesuai untuk bulu kucing.

Kami menjual pelbagai jenis syampu dan perapi khusus untuk si comel anda. Ia dirumus dengan ramuan semula jadi yang membantu menjadikan bulu si comel anda berkilat, lembut, sihat dan wangi 

Petme Syampu

Penjagaan bulu bagi kucing merupakan salah satu perkara yang selalu dititik beratkan oleh semua pemilik haiwan kesayangan ini. Kami yakin, anda pastinya akan mencari shampoo yang elok untuk mengekalkan kualiti bulu si comel agar sentiasa terurus dan berkilau. Shampoo jenama PETME ini merupakan antara antara shampoo yang sesuai digunakan pada kucing berbulu pendek mahupun panjang.  Shampoo ini berfungsi untuk :-

  • Membersihkan minyak dan kotoran sehingga ke bahagian bawah bulu-bulu halus
  • Mengekalkan dan menyerikan lagi warna bulu
  • Menjadikan bulu si comel kekal gebu

Shampoo kualiti premium ini mampu memberikan kesan sempurna dan menjimatkan masa. Ia sama seperti menggunakan groomer profesional. 

Petzoonia Syampu

Syampu kucing Petzoonia adalah syampu serbaguna dengan tahap PH seimbang bagi binatang kecil. Dirumus khas untuk mandian sempurna dan bersih walaupun pada kotoran degil dam bau. Dengan penggunaan rapat, syampu ini mengandungi miyak serai untuk menjauhkan kutu dan pijat pada kucin serta binatang kecil lain. Syampu kucing Petzoonia ini juga meninggalkan bau haru serai serta bulu yang sihat setiap kali mandian. Tidak kering dan tidak menggatalkan si manja dan tuannya juga.

Cara penggunaan: Basahkan si manja dengan air suam. Sapukan syampu Petzoonia pada si mana dan urutkan ke dalam bulu dan kulit, bermula dari belakang leher ke belakang dan hujing ekor sehingga seluruh badan. Jauhkan dari mata. Renjis dengan air dan ulangi jika perlu. Mandian setiap minggu adalah disyorkan.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

One thought on “Syampu Kutu Kucing di DD Bangi Petshop”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *