SUDAH PAKAI KAD KREDIT

wpid-wp-1443533084531.jpg

Aku tak pasti dan tak ingat, kenapa aku buat permohonan untuk pakai kad kredit. Ohhhh tertarik dengan promosi daripada RinggitPlus agaknya. Tak berapa ingat. apapun sebelum buat keputusan, aku ada buat kajian mengenai kad kredit terbaik dan paling sesuai. Nampak gaya, Maybank yang paling sesuai dengan aku pada ketika ini hihi.

Norlida ada menasihatkan aku untuk ambil Kad Kredit Ikhwan (Islamic), tapi aku sudah terambil Kad Kredit Gold (Visa dan American Express). Its OK. Nanti nak rujuk balik macam mana nak tukar konvensional kepada islamic. Itu pun kene study juga. Sebab kad kredit Islamic ini tak semua tempat diterima. Yelah kan, term syariah kene dipatuhi.

wpid-wp-1443533152546.jpgAku tak bawak kehulu hilir pun kad ini. Tinggal di ‘pejabat rumah’ sahaja. As of now lah kan. Tiada keperluan sangat lagi. Sebab soon aku akan start mengembara ke tempat orang. Jadi, atas beberapa urusan tertentu memang memerlukan kad kredit. Insyaallah, semoga semuanya dipermudahkan dan didalam lindungan daripada-Nya.

Aku buat permohonan via orang tengah (RinggitPlus) sebab dapat boucher RM30 kalau apply dan RM200 kalau sudah lulus – boucher Lazada. Grab je lah kan. Katanya, kalau apply direct, tak dapatlah merasa boucher bagai seumpama ini. Just wonder, macam mana nak jadi agen kad kredit? Mesti masyuk komisyennya. Ohhh aku pun rasa teringin nak jadi agen insuran bagai. Cuma tak tahu nak mulakan dari mana.

Lagi satu, aku sudah mulakan secara sedikit demi sedikit perniagaan yang tergendala dahulu. Macam-macam aku buat sekarang untuk tambah pendapatan. Yelah kan, beban dan tanggungjawab makin besar. Insyaallah, semoga dipermudahkan-Nya.

 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI