Stok Daging Dendeng

Gambar lama yang diambil semasa bulan Ramadan yang lalu. Daging Dendeng yang dimasak oleh Makcik Bibah. 

Alang-alang dia datang menyinggah di rumah, minta tolong dia buatkan daging dendeng lebih. Buat stok untuk menu sahur atau berbuka tatkala malas nak masak.

Aku beli sekilo daging lembu segar di Pasar Borong Selangor. Bahan-bahan semua segar dan baru. Jadinya, hasil pun memang sedap dan lazat. Nyum nyum nyum

Aku tak mengikuti sangat proses pembuatannya. Tapi nampak macam dapat tangkap sedikit sebanyak resepi penyediaannya.

Nampak macam agak mudah huhu. Sebab pakai kicap. Senang je lah kot. Mana mana resepi yang pakai kicap mesti sedap.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *