Tempat Bersejarah di Penang
- Padang Kota Lama (Forst Cornwallis) – Tempat bersejarah di Pulau Pinang yang terletak di Padang Kota Lama dan sangat terkenal kerana ianya merupakan tempat pendaratan Sir Francis Light pada 1876. Masih ada beberapa peninggalan sejarah di sini seperti van tentera, bilik simpanan serbuk senjata api dan rumah api. tempat menarik di penang
- Rumah P Ramlee – Rumah kelahiran P Ramlee menempatkan pelbagai informasi bersejarah tentang seniman agong negara sejak dari kecil sehinggalah ketika era penglibatan di dalam dunia seni.
- Muzium Pinang Peranakan – Sebuah rumah agam yang dimuziumkan menjadi tempat simpanan koleksi barangan, perabut, barang kemas, hiasan dalaman dan pelbagai bahan informasi tentang budaya Peranakan Penang.
- Muzium Perang – Pada tahun 1930 ianya merupakan sebuah kem tentera British untuk menyimpan tentera dan pelbagai senjata. Di sini juga terdapat penjara untuk musuh serta dengan bilik penyeksaan.
- Muzium Kamera – Muzium yang menempatkan koleksi kamera dan perkakasan photografi dari dulu sampailah sekarang. Terletak di Jalan Muntri dan sesuai untuk dilawati untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah perubahan zaman dunia kamera serta photografi.
- Penang Time Tunnel – Secara umumnya muzium ini terbahagi kepada 2 zon. Zon pertama menempatkan tentang sejarah perjalanan negeri Pulau Pinang khasnya dari zaman sebelum penjajahan sehinggalah ke zaman penjajahan dan sekarang. Zon kedua lebih kepada tarikan hiburan yang menempatkan beberapa lukisan mural 3D yang menarik untuk diambil gambar.
- Rumah Agam Cheong Fatt Tze – Rumah agam berwarna biru yang berwarna biru indigo dan mempunyai kesenian senibina budaya cina lama yang cukup mengagumkan. Rumah agam berseni ini mempunyai 38 buah bilik, 5 laman berlantai granit, 7 buah tangga dan 220 tingkap.
Taman Haiwan dan Zoo di Penang
- Taman Rama-Rama – Destinasi percutian di Penang yang sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak atau mereka yang sukakan binatang terbang yang cantik ini. Kini ianya menjadi lebih besar selepas proses pengubahsuaian baru-baru ini dengan koleksi rama-rama yang banyak dan pelbagai jenis dalam luar negara.
- Taman Burung Penang – Sebuah taman burung di Butterwoth yang mempunyai 2 zon kawasan pameran burung iaitu zon bersangkar dan bebas. Pengunjung boleh berinteraksi terus dengan burung di kawasan zon bebas dan bagi burung yang agak eksotik dan agresif diletakkan di dalam sangkar.
- Countryside Stables Penang – Satu tempat menarik di Penang untuk melihat dan menunggang kuda. Di sini menempatkan pelbagai jenis kuda yang kecil atau yang besar. Sering menjadi kunjungan orang berkeluarga untuk merasai pengalaman mengenali kuda dengan lebih dekat.
- Saanen Dairy Goat Farm – Sebuah ladang kambing di Balik Pulau yang sederhana saiznya yang boleh dikunjungi untuk melihat sendiri bagaimana penternakan kambing dijalankan. Pengunjung juga boleh meberi makan sendiri kambing di kandang ini atau membeli susu kambing segar dan ais krim kambing yang dijual oleh pemilik ladang ini.
- Tokong Ular – Tokong di Bayan Lepas yang popular keranan di sini banyak ular dan boleh dianggap sebuah taman reptilia. Yang berbisa diletakkan di dalam sangkar bercermin dan yang tak berbisa di luar di bawah penjagaan staff di sini. Di sini juga ada pertunjukan ular untuk pengunjung yang mendebarkan seperti aksi mencium ular.
Tempat shopping menarik di Penang
- Pasar Malam Batu Feringgi – Sebuah pasar malam yang menjual pelbagai barangan cenderhati seperti keychain, pakaian, kraftangan dan sebagainya. Terletak di Batu Feringgi dan tidak jauh dari Pantai Tanjung Bungah. Satu tempat menarik di Pulau Pinang untuk shopping cenderahati sambil-sambil makan malam di sini.
- Bazar Chowrasta – Popular sebagai tempat untuk membeli bahan makanan terutamanya asam dan jeruk-jeruk.
- Pasar Pagi Stadium Negeri – Terletak di Jalan Stadium , pasar pagi ini seolah-olah seperti Memory Lane di Perak. Di sini terdapat gerai dan penjaja yang menjual makanan dan juga barangan fizikal lain seperti cd, dompet, novel lama, kasut lama, barangan antik dan sebagainya.
Pantai di Penang
- Pantai Tanjung Bungah – Pantai peranginan yang popular di Penang untuk aktiviti seperti parasailing, main jet ski ataupun memandu ATV tepi pantai.
- Pantai Batu Feringgi – Pantai peranginan di Pulau Pinang yang paling popular dan paling meriah dengan pelbagai tarikan aktiviti sukan air seperti jetski, parasiling atau banana bot. Pilihan chalet, resort dan hotel di sini juga banyak untuk mereka yang nakkan percutian yang santai tepi pantai di Penang.
- Pantai Teluk Bahang – Sebuah pantai di bahagian pulau yang sesuai untuk aktiviti santai ambil udara pantai dan makan-makan petang. Ada juga aktiviti pantai seperti permainan jetski dan parasailing.
- Pantai Monyet – Sebuah pantai yang bersih dan lebih privasi untuk aktiviti santai tepi pantai. Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki bot di Jeti Teluk Bahang.
- Pantai Kerachut – Terletak di Taman Negara dan untuk ke pantai ini pengunjung boleh menaiki bot di Jeti Teluk Bahang dan di sini juga terletak tempat pusat satuari penyu. Bagi yang suka adventure, anda boleh melalui denai hutan yang disediakan khas untuk pengunjung.
Tarikan Semulajadi di Penang
- Taman Botani Penang – Terletak di kaki bukit dan merupakan kawasan rekreasi yang popular di kalangan orang tempatan untuk jogging dan bersenam di waktu pagi atau petang. Di sini menempatkan taman-taman tumbuhan yang terjaga. Ada juga yang memanggil taman botani ini sebagai taman monyet kerana di sini banyak monyet berkeliaran.
- Taman Negara Pulau Pinang – Terletak di Teluk Bahang dan sesuai sebagai singgahan percutian kepada yang sukakan aktiviti seperti jungle tekking, berkhemah, berenang dan melihat hutan. Di sini juga terdapat titian kanopi (canopy walkway) dan yang paling menarik ialah di Tasik Meromiktik iaitu kawasan pertemuan air tasik yang tawar dan air laut yang masin. Di area sini juga terdapat empangan air yang sangat tinggi dan mempunyai pemandangan yang menakjubkan.
- Tropical Spice Garden – Sebuah kebun dengan tumbuhan eksotik tropika yang berada dalam keluasan 8 ekar dan lebih 500 spesis ditanam. Pengunjung boleh mengenali tumbuhan herba dan melawat taman ini yang agak besar. Ada juga ruangan memasak dan juga kedai untuk membeli herba serta cenderahati.
Mercu Tanda di Penang
- Masjid Kapitan Keling – Sebuah masjid ikonik di Pulau Pinang yang telah ada sejak tahun 1801 lagi. Senibina bangunan ini mempunyai pengaruh budaya Roman dan Timur Tengah. Masjid ini dulunya dibina untuk menampung masyarakat muslim terutamanya india muslim yang makin bertambah. Terletak tidak jauh dari Restoran Nasi Kandar Beratur.
- Kek Lok Si Temple – Sebuah tokong di Georgetown yang menjadi kunjungan pelancong untuk melihat keunikan tempat keagamaan orang Buddha. Tokong ini sangat tinggi dan di kemuncak pengunjung boleh melihat beberapa statu patung buddha dan pagoda. Pemandangan bandaraya Georgetown dari puncak juga sangat menarik.
- Masjid Terapung Tanjung Bugah – Bagi yang berada sekitar Pantai Tanjung Bungah, jangan lupa untuk bersolat di Masjid Terapung Tajung Bugah dan waktu terbaik untuk melihat masjid ini dalam keadaan terapung ialah ketika air laut sedang pasang.
Taman Tema Hiburan di Penang
- Escape Theme Park Penang – Tidak jauh dari kawasan peranginan Batu Feringgi terdapat sebuah taman tema darat yang mencabar dan lokasi tepatnya ialah di Teluk Bahang. Sesuai untuk mereka yang suka memanjat, flying fox, meniti titian tinggi dan sebagainya.
- Toy Museum Heritage Garden – Satu tempat menarik di Pulau Pinang yang pasti membuatkan anak-anak teruja dengan himpunan koleksi patung dan permainan kartun animasi yang sangat banyak. Muzium permainan ini merupakan yang terbesar di Malaysia seperti dicatatkan di dalam Malaysia Book of Record. Terletak di Teluk Bahang.
- Made in Penang Interactive Museum – Merupakan sebuah galeri serba satu untuk mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah Penang dari segi makanan, budaya dan sebagainya. Mempunyai beberap tarikan di sini seperti mural 3D, beberapa arca ikonik Penang termasuk dengan waterfront jetty yang diperbuat dengan tangan.
- Amazing World Studio – Sebuah lagi studio atau galeri di Penang yang menempatkan lukisan mural 3D yang bertemakan watak animasi Warner Bros. Satu tempat menarik di Pulau Pinang yang menyeronokkan untuk menghabiskan masa dengan anak-anak sambil-sambil ambil gambar dengan situasi yang unik.
- Penang 3D Trick Art Museum – Sebuah galeri dalam bangunan 2 tingkat yang menempatkan lukisan mural 3D. Pengunjung boleh mengambil gambar dalam posisi tertentu untuk menjadikan hasil gambar menjadi seperti real. Satu tempat menarik di Pulau Pinang yang unik dan menyeronokkan untuk datang dengan anak-anak.
- Adventure Zone – Sebuah taman permainan kanak-kanak indoor yang lebih sesuai untuk kanak-kanak dewasa memandangkan gelongsornya yang tinggi dan memerlukan pengawasan orang dewasa. Satu tempat santai bersama keluarga dan anak-anak yang menarik di Rasa Sayang Resort & Spa di Penang.
Lain-lain Tempat Menarik di Penang
- Penang Street Art – Lukisan mural 3D di bangunan-bangunan luar di Jalan Seni Penang yang membuatkan jalan ini tidak boring walaupun ianya sebuah kawasan dengan bangunan yang lama. Sering menjadi tempat pengunjung mengambil gambar sambil-sambil berjalan cari makan di kawasan sekitarnya.
- Bukit Bendera – Aktiviti wajib cuba kalau pertama kali ke Penang iaitu menaiki kereta kabel ke puncak Bukit Bendera. Pemandangan bandaraya Penang dari atas bukit memang cantik terutamanya waktu mentari senja.
- Feri Pulau Pinang – Perkhidmatan feri yang tertua di Malaysia dan kalau bercuti di Penang, kena cuba naik feri bersama dengan kereta dari tanah besar ke Pulau Pinang. Satu pengalaman yang pasti anak-anak suka dengan kadar tambang yang sangat berpatutan.
- Gurney Drive (Persiaran Gurney) – Destinasi lepak tepi pantai dan makan-makan di kawasan seperti dataran yang popular di Georgetown. Gerai makanan di sini kebanyakannya menyediakan makanan popular orang Penang seperti psembur, rojak dan makanan santai lain. Waktu malam suasana di sini juga agak meriah dengan penjaja dan pengunjung yang lepak santai.
- Tropical Fruit Farm – Sebuah ladang buah yang menempatkan pelbagai jenis pokok buah tropika. Waktu terbaik untuk datang ketika musim berbuah dan pengunjung boleh menikmati buah-buahan segar yang dipetik terus dari ladang. Pakej lawatan kebun buah ini disediakan oleh pemilik dengan harga berpatutan termasuk dengan pakej merasai buah dan jus-jus buahan segar.
- Queen Street (Lebuh Queen) – Satu kawasan yang menarik di Penang untuk jalan-jalan menikmati persekitaran kawasan India Muslim. Di sini juga terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual makanan-makanan popular orang India. Setiap kali bulan puasa, di sini sangat sesak dengan adanya bazar Ramadhan.
- Menara Komtar – Merupakan mercu bandar Gerogetown dan bangunan yang tertinggi di sini. Di sekitarnya terdapat shopping mall sesuai untuk aktivti membeli belah dan cuci cuci mata.