Senarai Tempat Menarik di Kuala Lumpur

tempat menarik di kuala lumpur

Tempat Bersejarah dan Muzium di Kuala Lumpur

  • Dataran Merdeka – Satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang cukup simbolik kepada hari kemerdekaan. Di sinilah berlangsungnya sambutan Hari Kemerdekaan di KL setiap tahun. Terdapat sebuah tiang bendera yang tertinggi di Malaysia.
  • Bangunan Sultam Abd Samad – Bangunan bersejarah yang berusia lebih seratus tahun ini mempunyai banyak kesan sejarah dalam negara kita. Selain bentuk binaannya yang cantik dan klasik, di sinilah juag berdekatan dengan dataran Merdeka bendera Union Jack diturunkan dan dinaikkan Bendera Jalur Gemilang buat pertama kali secara rasminya pada tahun 1957.
  • Islamic Art Museum Malaysia– Dibuka secara rasmi pada Disember 1998 dan merupakan Muzium Kesenian Islam yang terbesar di Asia Tenggara. Kompleks bangunan muzium ini menempatkan lebih 7000 bahan artifak dan sejarah termasuk sebuah perpustakaan yang mempunyai buku-buku kesenian Islam.
  • Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery – Sebuah muzium matawang yang mempamerkan informasi bersejarah berkenaan dengan pengunaan matawang/ duit di Malaysia dari dahulu sehinggalah lahirnya matawang Ringgit dan Sen.
  • National Museum Negara – Muzium utama negara Malaysia yang mempunyai banyak kisah sejarah sejak dari zaman penjajahan sehinggalah ke era kemerdekaan.
  • National Textiles Museum – Bagi yang ingin lebih mendalami ilmu sejarah tekstil dan kain di Malaysia, bolehlah datang ke sini yang terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad. Banyak pameran berkaitan tekstil seperti alat membuat tekstil dan juga proses tradisional membuat kain.
  • The Museum of Asian Art – Muzium ini merupakan satu-satunya muzium yang dimiliki oleh universiti iaitu Universiti Malaya. Telah beroperasi sejak lebih 50 tahun lepas dan menempatkan pelbagai koleksi artifak berharga dari Malaysia dan juga di negara ASEAN yang lain.
  • Muzium Telekom – Sebuah muzium yang menarik untuk mempelajari ilmu dan komunikasi sejak era Paleolitik lagi. Galeri-galeri di sini menempatkan pelbagai jenis replika, telefon lama dan alat telekomunikasi lain yang jarang kita jumpa dan menarik untuk diterokai. Satu tempat yang menarik di Kuala Lumpur untuk dilawati oleh rombongan sekolah-sekolah dan koleh.
  • Muzium Seni Kraf Orang Asli (Orang Asli Craft Museum) – Terletak berdekatan dengan Muzium Negara dan merupakan sebuah muzium kecil yang menempatkan pelbagai hasil kraft dan pameran berinformasi tentang kebuadayaan dan cara hidup orang asli di Malaysia.
  • Muzium Diraja Negara – Merupakan sebuah bangunan Istana Negara lama dan tempat bersemayam Yang di Pertuan Agong dan juga Raja Permaisuri Agong sejak tahun 1957-2011 sebelum beralih ke Istana Negara Baru di Jalan Duta. Selepas pada peralihan itu, Istana Negara ini diadaptasikan menjadi sebuah Muzium Diraja dan mula dibuka untuk lawatan umum pada Februari 2013.
  • Muzium Polis Diraja Malaysia – Sebuah muzium yang menempatkan pelbagai tarikan koleksi seperti motosikal, kereta perisai, kenderaan peronda, senjata lama, uniform lama polis dan pelbagai barangan bersejarah berkaitan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tarikan Zoo dan Taman Binatang di Kuala Lumpur

  • Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park) – Sebuah taman burung yang sangat besar dan menempatkan lebih 2000 ekor burung daripada lebih 200 spesis. Pengunjung boleh menaiki skywalk untuk melihat burung-burung di sini dari sudut yang lebih tinggi dan menarik. Satu tempat menarik di Kuala Lumpur untuk keluarga dan anak-anak bagi lebih mendekati haiwan comel ini.
  • Aquaria KLCC – Sebuah aquaria yang sangat besar dan menempatkan ribuan hidupan marin laut dalam dan yang sering menjadi tumpuan pengunjung di sini ialah ikan jerung. Selain melihat ikan-ikan di sini, Aquaria KLCC juga menawarkan beberapa pakej yang menarik untuk kanak-kanak dan dewasa. Pakej yang paling best, Dive with Shark (berenang dengan jerung).
  • Taman Rama-Rama – Menempatkan lebih 6000 ekor rama-rama yang terdiri daripada 120 spesis.
  • Blue Coral Aquarium – Sebuah aquaria yang menempatkan pelbagai jenis hidupan marin dan terumbu karang yang sangat cantik. Lokasi aquaria ini ialah di Menara Kuala Lumpur.
  • Taman Rusa dan Kancil – Sebuah taman haiwan yang terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana dan pengunjung berpeluang melihat pelbagai spesis dan jenis rusa, kancil dan pelanduk. Malah anda juga boleh memberi makan dan berinteraksi dengan binatang-binatang comel ini.

pusat sains negara

Taman Tema & Hiburan di Kuala Lumpur

  • Taman Tema Cosmo World Berjaya Time Square – Sebuah taman tema tertutup yang terletak di dalam Berjaya Time Square Mall. Menempatkan pelbagai permainan yang mencabar sesuai untuk semua peringkat umur. Bagi yang sukakan cabaran, pastikan anda mencuba roller coaster di sini, boleh dikatakan roller coaster yang paling menakutkan di Malaysia.
  • Desa Water Park – Satu-satunya taman tema air di Kuala Lumpur dan antara yang terbesar di Malaysia. Banyak permainan air yang ada sesuai untuk kanak-kanak dan golongan dewasa. Thunderbolt merupakan permainan gelongsor air yang sering menjadi tumpuan kerana merupakan gelongsor air berlingkar yang terpanjang di Asia.
  • Petrosains Science Discovery Centre – satu tempat menarik di KL yang membuatkan kanak-kanak tidak mahu balik. Petrosains merupakan tempat yang sangat ideal untuk lawata sambil belajar dan sering menjadi kunjungan lawatan sekolah setiap kali musim cuti persekolahan.
  • Pusat Sains Negara (National Science Center) – Sebuah ikon pembelajaran tidak formal yang sangat popular di Kuala Lumpur yang menempatkan pelbagai jenis pameran dan informasi tentang ilmu sains. Dibuka pada tahun 1996, Pusat Sains Negara sering menjadi kunjungan ibu bapa bersama anak-anak di musim cuti sekolah untuk bercuti sambil mengisi masa anak-anak dengan bahan berilmiah. Menempatkan galeri-galeri sains dan taman pendidikan sains yang sering menjadi tumpuan pengunjung di sini.
  • National Planetarium – Sebuah tempat yang menarik untuk pelajar dan kanak-kanak untuk lebih mempelajari tentang ilmu alam, sistem solar dan angkasa lepas. Kemasukan untuk ke galeri yang menempatkan model berkaitan ilmu astronomi juga percuma. Tarikan utama ialah untuk ke ‘space theatre’ untuk menonton sebuah movie dokumentari (berbayar) berkenaan dengan angkasa lepas.

pavilion

Tempat Menarik di Kuala Lumpur untuk Membeli Belah dan Santai

  • Pavillion KL – Sebuah shopping mall yang sangat besar dan moden di Jalan Bukit Bintang dan menempatkan lebih 400 lot kedai yang menjual baju high end dan juga kelas sederhana. Tarikan lain yang ada di sini, sudah tentulah bilangan restoran dan kedai makan yang banyak boleh dikatakan setiap aras. Di aras 7 boleh dikatakan merupakan syurga bagi mereka yang suka makan.
  • Suria KLCC Mall – Sebuah shopping mall di bawah menara berkembar KLCC yang besar dan menempatkan pelbagai lot kedai yang menjual barangan berjenama. Di sini juga terletaknya sebuah kedai bukuyang sangat popular iaitu Kinokuniya.
  • Mid Valley Megamall – Merupakan shopping mall yang bersaiz mega dan satu tempat shopping yang sering dipenuhi dengan pengunjung terutamanya di hujung minggu. Dengan ratusan lot kedai yang ada dan pelbagai jenis barangan dalam serta luar negara yang ada, pasti membuatkan anda pening untuk memilih.
  • Berjaya Time Square Mall – Sebuah shopping complex yang besar yang mempunyai sebuah taman tema indoor di dalamnya. Mall ini juga bersambung dengan hotel dari jenama syarikat yang sama.
  • KL Sogo – Sebuah lagi shopping mall yang menjual barangan, produk pakaian, kasut, handbeg dan pelbagai aksesori wanita. Setiap kali hujung tahun ketika Year End Sale, di sini sememangnya penuh kerana banyak tawaran menarik dengan potongan harga yang hebat. Barangan di sini juga kebanyakan kelas mampu milik dan lebih banyak pilihan.
  • Nu Central – Sebuah shopping mall yang bersambung dengan Kuala Lumpur Sentral dan menawarkan pelbagai shoop lot yang high end atau pun mid range. Dimiliki sepenuhnya oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan mall ini adalah sebahagian daripada pelaburan yang bernilai RM 1.4 billon. Sering menjadi persinggahan pengunjung yang menggunakan pengangkutan train di KL Sentral.
  • The Garden – Sesuai kalau dilabelkan sebagai tempat membeli belah untuk orang berada. Shopping mall yang bersambungan dengan MidValley dan di sini menempatkan lebih 200 lot kedai di 6 aras bangunan. Kebanyakannya menjual barangan dan pakaian high end dari luar negara seperti Louis Vitton, Celvin Klein, Burberry dan sebagainya.
  • Starhill Gallery – Masuk kedalam shopping mall ini tidak ubah seperti masuk ke sebuah hotel yang mewah. Tidak seperti di kebanyakan shopping mall lain, suasana di sini lebih senyap dan dekorasi dalamannya membuatkan anda rasa gerun untuk membeli belah di sini melainkan anda seorang ‘berpoket tebal’.
  • Sungei Wang & BB Plaza – Shopping mall yang boleh buat anda sesat. Menempatkan lot kedai yang kebanyakanya lebih mampu milik jika nak dibandingkan dengan barangan di Lot 10.
  • Lot 10 Shopping Mall – Shopping mall yang menempakan lebih 100 lot kedai yang menjual barangan dan fesyen kelas pertengahan dan high end. Terletak di Bukit Bintang dan merupakan destinasi membeli belah barangan luar negara berjenama yang lebih popular.
  • Plaza Low Yat – Kompleks bangunan yang menempatkan banyak kedai yang menjual gajet elektronik seperti komputer, telefon bimbit, kamera dan aksesori-aksesori.
  • Sephora – Shopping mall yang terkenal di kalangan wanita yang berfesyen kerana rata-ratanya lebih menawarkan barangan dan aksesori untuk perempuan baik minyak wangi, gincu dan pelbagai alatan bersolek lain berjenama dari luar negara seperti Perancis, Itali, UK dan 25 negara yang lain.
  • Central Market – Central Market atau Pasar Seni ini merupakan tumpuan pelancong untuk mencari barangan kraftangan dan berseni tempatan. Bangunan biru CM ini kini berusia lebih 100 tahun dan dibina pada tahun 1888.
  • GM KL – Merupakan sebuah pusat memborong barang yang sangat terkenal di KL. Kebanyakan lot kedai menjual barang di sini dalam unit pukal dan ada juga sesetengah yang menjual dalam kuantiti yang kecil. Antara barang-barang murah dan menarik yang selalu diborong di sini ialah tuala, pakaian wanita, beg tangan wanita, alatan mekap, sabun kecantikan, barangan kulit, permainan kanak-kanak dan banyak lagi.
  • Pasar Chow Kit – Pasar Chow Kit merupakan sebuah pasar basah dan kering yang menjual pelbagai produk makanan, ikan, daging, sayuran, kerepek, buah dan sebagainya. Walaupun ianya hanya sebuah pasar, tetapi sering menjadi kunjungan pelancong yang ingin merasai kelainan berada di sini kerana para peniaga terdiri daripada banga Melayu, Cina dan India. Satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang cukup muhibah.
  • Chinatown di Petaling Street – Sebuah pasar malam yang sangat meriah yang menjual pelbagai barangan branded ‘lokal’ seperti kasut, jam, jersey dan sebagainya pada harga yang murah.
  • Jalan Masjid India – Syurga membeli pakaian, tudung, jam, beg, tekstil dan kain ela. Rata-rata peniaga di sini ialah dari bangsa India dan berada di sini seolah-olah anda berada di Bollywood. Dengan alunan muzik India sebagai penyeri pasti memberi satu kelainan membeli belah di sini. Lebih sinonim orang panggil bazar Masjid Jamek walapun hakikatnya jalan ini lebih dekat dengan Masjid India.
  • Pasar Malam Jalan TAR – Sebuah pasar malam yang sangat popular untuk membeli pakaian, tudung, baju kurung dan baju melayu terutamanya ketika menjelang sambutan Hari Raya Puasa.
  • Kenanga Wholesale City – Dikenali dengan tempat memborong pakaian terutamanya pakaian wanita dan kanak-kanak. Selain di Jalan TAR atau Jalan Masjid India, di sini juga merupakan satu destinasi pilihan warga kota untuk shopping menjelang Hari Raya Aidilfitri. Lebih selesa dan ada aircond.
  • Jalan Pasar Pudu – Terkenal sebagai syurga untuk mereka yang kaki barangan elektronik. Di sini anda boleh dapatkan banyak barangan dan aksesori elektronik pada harga yang kebanyakannya lebih murah. Antaranya seperti speaker, dvd player, pelbagai jenis remote, lampu-lampu led, barang permainan kanak-kanak, komponen elektronik ( kapasitor dll), aksesori vape, tank, subtank dan sebagainya. Kalau sebelah paginya, di sini lebih meriah dengan pasar basah yang ada berdekatan yang beroperasi dari awal pagi sampai tengahari.

Tarikan Alam Semulajadi di Kuala Lumpur

  • Taman Botani Perdana (Taman Tasik Perdana) – Merupakan tempat rekreasi yang sangat menenangkan di tengah-tengah tasik. Di sini terdapat laluan jalan kaki untuk aktiviti santai dan jogging. Selain itu taman permainan / playground di sini juga besar dan menarik untuk kanak-kanak bersuka ria.
  • Taman Tasik Titiwangsa – Taman yang mempunyai tasik yang sangat mendamaikan. Terdapat kemudahan untuk pengunjung seperti laluan pejalan kaki berbata, aktiviti basikal air, berkanu, trek kereta remote control dan rekreasi kuda. Sesuai untuk mereka yang inginkan aktiviti luar yang santai bersama keluarga pada setiap pagi ataupun petang. Malamnya juga tidak kurang meriah dan kanak-kanak boleh bermain kereta mainan yang boleh disewa.
  • Taman Metropolitan Kepong – Sebuah taman rekrasi yang sangat popular di kalangan warga utara KL untuk beriadah bersama keluarga. Kemudahan yang ada di sini taman permainan kanak-kanak, trek joging, trek berbasikal, tempat bersenam dan padang bola yang luas.
  • Taman Tasik Permaisuri – Taman rekreasi yang terletak berdekatan dengan Stadium Kuala Lumpur yang juga menjadi destinasi warga kota beriadah petang-petang.
  • Taman KLCC Park – Terletak bersebelahan dengan Menara Berkembar KLCC dan merupakan tempat santai untuk berehat dan berjogging orang di sekitar sini. Taman buatan manusia yang dibawahnya merupakan kawasan parking kereta lengkap dengan kemudahan seperti bangku istirehat, trek jogging, kolam air pancut dan tasik kecil. Lake Sympgony di sini juga menjadi tarikan terutamanya pada waktu malam apabila pancutan airnya disinari dengan lampu-lampu yang berwarna warni yang sangat cantik.
  • Taman Orkid – Taman bunga orkid yang terletak di Jalan Cenderasari dan sesuai untuk dilawati sekiranya anda pecinta alam atau ketika bersama yang tersayang ketika honeymoon di KL.
  • Hutan Simpan Bukit Nanas (Taman Eko Rimba KL) – Satu-satunya hutan simpan asli yang ada di dalam Kuala Lumpur yang menawarkan tarikan hutan dan alam semulajadi. Terdapat juga canopy walk yang agak tinggi dan panjang untuk melihat keindahan taman ini dengan lebih menarik.

Mercu Tanda di Kuala Lumpur

  • Menara Berkembar KLCC – Siapa yang tak kenal dengan menara yang pernah dilabelkan sebagai yang tertinggi di dunia. Selain keindahan menara ini terutamanya pada waktu malam, di sekelilingnya terdapat sebuah taman tasik buatan manusia dan juga shopping mall premium di bawahnya. Boleh dikatakan satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang paling popular di kalangan warga Malaysia dan pelancong asing.
  • Menara Kuala Lumpur – Menara telekomunikasi yang tidak kurang menariknya dan sering menjadi tempat lawatan setiap kali musim cuti sekolah. Pengunjung boleh naik ke atas samaada untuk menikmati keindahan panorama bandar KL di observation deck, ataupun mungkin untuk makan di restoran berpusing 360 darjah di puncak bersama yang tersayang.
  • Masjid Wilayah Persekutuan – Masjid kebanggaan warga KL yang terletak di kawasan berbukit di Jalan Duta dan siap dibina pada tahun 2000. Masjid yang indah ini berkonsepkan ‘masjid dalam taman’ dan senibina bangunan diluarnya mempunyai suntikan tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki. Di dalamnya pula menampilkan senibina gabungan tradisi Melayu Malaysia dan tradisi Timur Tengah. Mempunyai pelbagai kemudahan dan dianggap masjid termoden di Malaysia.
  • Masjid Negara – Masjid yang menjadi mercu tanda negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dibuka pada tahun 1965. Terletak berdekatan dengan satu lagi tarikan Islam di KL iaitu Muzium Kesenian Islam yang hanya 5 minit berjalan kakai. Mempunyai senibina tahun 60 an dan kubahnya yang berlipat memang lain daripada kubah bulat yang biasa kita lihat di masjid lain.
  • Masjid Jamek – Antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur yang sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara kerana senibina bangunannya yang unik dan mempunyai pengaruh budaya Moghul. Disebabkan keunikan seni Masjid Jamik, ianya satu tempat menarik di Kuala Lumpur untuk fotografi dan sering menjadi subjek pelukis terkenal.
  • Masjid India – Lokasinya berdekatan dengan Jalan Masjid India yang lebih terkenal dengan tempat shopping. Masjid yang dibina sejak tahun 1863 dan sehingga kini masih utuh menjadi tempat solat warga kota terutamanya orang India. Dan setiap kali khutbah Jumaat, khatib menggunakan bahasa India.
  • Tugu Negara – Mercu tanda negara yang sangat ikonik dan simbolik kepada kepayahan pejuang negara dulu-dulu untuk mencapai sebuah kemerdekaan.

ISTANA-BUDAYA-NATIONAL

Lain-lain Tempat Menarik di Kuala Lumpur

  • Skybridge – Satu aktiviti di mana anda berpeluang menaiki jambatan yang terletak di antara dua menara berkembar KLCC. Pengunjung juga akan dibawa naik ke puncak, observation deck untuk melihat pemandangan kotaraya Kuala Lumpur dari tempat tertinggi.
  • Istana Budaya – Sebuah tempat dimana hasil karya seni teater dan persembahan disampaikan kepada penonton. Pelbagai aktiviti persembahan teater dan muzikal seringkali dilakukan di sini baik dari dalam mahupun luar negara.
  • Kuala Lumpur City Gallery – Sebuah tarikan pelancongan di KL yang menerima hampir sejuta pengunjung setiap tahun. Di sini anda boleh mengenali dan melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur dalam skala yang lebih kecil. Sesuai untuk lebih mengenali bandaraya Kuala Lumpur dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan. Pengunjung juga boleh melihat staff di sini membuat arca bangunan dan model tempat yang berada di dalam KL. Satu tempat lawatan sambil belajar di KL yang sesuai untuk dilawati oleh bandan-badan pendidikan dan sekolah.
  • Kompleks Budaya Kraf – Merupakan sebuah galeri yang menempatkan informasi berkenaan dengan sejarah perkembangan seni kraftangan di Malaysia. Bagi pengunjung, aktiviti menarik yang boleh dilakukan ialah melihat pekerja membuat batik, menganyam songket, buat pasu dan mengukir bot. Di sini juga anda boleh membeli barangan kraf sebagai cenderahati.
  • Galeri Petronas – Sebuah galeri seni yang menempatkan hasil karya daripada pelukis dan artis dalam dan luar negara yang terkenal.
  • Balai Seni Visual Negara (National Visual Art Gallery) – Sebuah pameran yang menempatkan pelbagai lukisan yang dihasilkan oleh pelukis tempatan. Kebanyakan karya mempersembahkan nilai budaya yang ada di Malaysia. Selain melihat keunikan setiap lukisan di sini, pengunjung juga berpeluang untuk melihat secara live pelukis menghasilkan sebuah lukisan.
  • Mini India Brickfield – Merupakan sebuah kawasan yang rata-rata peniaga dan penduduk di sini dari kaum India. Sering menjadi kunjungan pelancong untuk mencari pakaian India seperti sari ataupun aksesori budaya India. Tempat makan muslim India yang sedap pun ada di sini.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI