Sila Semak Blacklist PTPTN

Dikkk….sebelum pergi luar negara, cuba semak dulu nama anda samaada ada kemungkinan untuk di blacklist / senarai hitam oleh Imegresen atau tidak.

Ada 2 punca utama kita di blacklist – PTPTN dan LHDN. Lain-lain sebab tu ada tapi rasanya dua inilah yang popular hihi.

Semak Blacklist PTPTN / Senarai Hitam Imegeresen

Peminjam yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitam secara harian. Pastikan rundingan ( Hubungi 03-2193 3000 atau hubungi Khidmat Pelanggan | Isnin – Jumaat (8.00 AM – 7.00 PM) | Sabtu – Ahad (8.00 AM – 5.00 PM) atau Cawangan PTPTN ) diselesaikan 7 hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau di pintu sempadan.

Iangat tu, secara harian OK. Sebelum ini mereka kemaskini secara bulanan / 3 bulan sekali untuk senarai yang disenarai hitamkan di Imegresen. Takut tak?

Bayangkan jika semalam anda tidak di blacklist, tetapi tetiba hari ini anda di blacklist. Lebih parah lagi jika hari ini adalah waktu anda ingin bertolak keluar negara. Kalau setakat nak ke Thailand atau Singapura tak apa. Tapi jika nak kene negara2 yang jauh dan berkos tinggi…apa macam?

Aku belum lagi di blacklist oleh Imgeresen sebab PTPTN. Tapi aku takut jika tetiba di blacklist dalam masa terdekat. Nak lagi aku memang akan ke luar negara.

Baik aku serah diri dan berunding di Pejabat Cawangan PTPTN berhampiran sebelum apa-apa terjadi.

Senarai Alamat Pejabat Cawangan PTPTN Seluruh Negara

Pejabat Cawangan PTPTN berhampiran yang aku pergi adalah di Terminal Bandar Selatan (TBS). Memang berhampiran pun dengan pejabat aku.

Kawan aku ada pergi ke Pejabat Negeri Selangor @ Shah Alam. Dia menghadapi kesukaran sebab terlalu ramai pelanggan/pelajar yang berurusan disana. Jadi, seba serbi perkhidmatan pun agak kurang memuaskan katanya. Semak Blacklist PTPTN

Macam aku, memang telah menjadi amalan sejak dahulu lagi. Aku akan pergi mana-mana pejabat kerajaan yang agak kurang pelanggan. Kalau tak ada pilihan, memang akan datangs seawal mungkin. Tak larat nak menunggu dik.

Alhamdulillah, pegawai PTPTN yang berurusan dengan aku itu sangat membantu. Langkah kanan sgt.

Sebab lain kenapa aku ke pejabat PTPTN juga adalah sebab tawaran yang diberikan di Bajet 2017

————————–

Pembentangan Bajet 2017 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 21 Oktober 2016 (Jumaat) turut memberikan insentif berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perkara yang telah diumumkan adalah : Semak Blacklist PTPTN

  • Pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN; dan
  • Pemberian geran sepadan SSPN-i. Semak Blacklist PTPTN

Pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN meliputi : Semak Blacklist PTPTN

  • Diskaun 15% untuk peminjam yang menyelesaikan keseluruhan hutang;
  • Diskaun 10% untuk peminjam yang menyelesaikan sekurangkurangnya 50% daripada keseluruhan hutang;
  • Diskaun 10% untuk bayaran melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik.

Pemberian diskaun 15% dan 10% ini adalah layak diterima oleh peminjam berkuatkuasa mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.

Bagi urusan penyelesaian keseluruhan hutang dan penyelesaian 50% daripada hutang, peminjam perlu membuat semakan baki hutang melalui Penyata Online di portal rasmi www.ptptn.gov.my atau menghubungi talian Careline 03 – 2193 3000.

Bagi peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui potongan gaji, perlu berunding melalui Careline dan melengkapkan Borang Permohonan Potongan Gajiyang terdapat di portal rasmi PTPTN. Bagi peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui direct debit, borang tersebut boleh diperolehi di semua kaunter PTPTN mulai 1 November 2016.

—————————–
Aku masih lagi guna skim Konvensional. Jadi aku nak tukar ujrah dan buat pemotongan dari gaji. Semak Blacklist PTPTN

Pegawai PTPTN itu pun terangkan apa prosedur bla bla bla yang berkaitan. Aku pun angguk-angguk geleng-geleng je. Bayar separuh / jumlah mengikut kemampuan dan dia pun terus proses permohonan aku. Alhamdulillah, proses yang sangat cepat dan ringkas. Isi sana sini terus siap. Natasha namanya. Dia sangat membantu.

Katanya proses kelulusan untuk permohonan aku itu ambil masa juga untuk diproses. Apa-apa hal dia akan hubungi aku atau aku sendiri boleh berhubung dengan dia. Berhubung melalui Whatsapp je pun.  Semak Blacklist PTPTN

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI