Selamat Mendaftar Master Corporate Communication UPM

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin dan restu darinya akhirnya aku berjaya mendaftar sebagai pelajar Master di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Master in Corporate Communication.

Tidak terlintas dibenak hati dan akal fikiran aku untuk sambung sehingga ke peringkat ini. Yelah, niat asal nak dapatkan penajaan daripada company. Tapi oleh sebab tempoh perkhidmatan tidak cukup 5 tahun, aku kena bayar sendiri. Makna kata, kena bayar guna duit bonus je lah gamaknya. Insyaallah dan doakan bonus yang diterima adalah konsisten dan menaik dari tahun ke tahun.

Aku daftar pada hari pertama pendaftaran dibuka. Silap langkah sebenarnya sebab aku tidak baca habis panduan pendaftaran untuk pelajar baharu. Sepatutnya aku pergi buat Medical Check-up dahulu di Klinik Kesihatan UPM. Tempoh masa yang aku habiskan untuk proses ini sahaja hampir 2 jam. Dengan kata lain, 2 jam aku melanguk menunggu menyiapkan proses demi proses berkaitan. Lebih lambat lagi sebab aku tiada wang cash. Terpaksalah cucuk duit di ATM dahulu.

Secara kebetulan, aku memang sudah tawaf 2 kali di UPM ini. Join 2 event larian anjuran persatuan pelajar di UPM. Jadinya, sedikit sebanyak aku tahu selok belok kedudukan bangunan di UPM. Alhamdulillah tidak sesat dan kekok naik kereta kehulu hilir mencari lokasi.

Sebaik sahaja habis proses medical check-up, aku terus bergegas ke Bangunan Akademik A, UPM. Aku bernasib baik sebab buat Medical Check-up di UPM. Jadi, boleh skip step pengesahan kesihatan. Alhamdulillah Sihat lah kan. Aku terus masuk step pengesahan dokumen, transkrip etc dan kemudiannya step bayaran. Kesemuanya dibuat secara online sahaja. Buat permulaan, bayar dahulu RM1250 untuk yusan asas. Untuk yuran per kredit pula disuruh bayar kemudian sebaik sahaja tahu nak ambil berapa subject untuk semester pertama ini.

Kad Matrik pun online je semuanya. Jadinya tidak boleh lah nak melaram pakai kad pelajar. Sedih.

Doakan semunya berjalan lancar dan berjaya dengan cemerlang

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

One thought on “Selamat Mendaftar Master Corporate Communication UPM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *