Satay Willey Sungai Ramal

popowerLama tak makan satay. Rasanya boleh dikira dengan jari dalam setahun aku makan satay berapa kali. Sebab bukan pencinta satay sangat pun.

Selalunya kalau pergi pun sebab meneman orang makan. Ada dua tempat je yang popular dengan Satay ni di kawasan kajang – Satay Willey Sg Ramal dan Satay Haji Samuri. 

Antara semua itu sudah semestinya Satay Willey yang menjadi kegemaran. Sebab besar. Sesuailah dengan harganya. Rasanya RM1 secucuk (aku jarang membayar hihi). 

Masyaallah, setelah sekian lama x makan..aku rasa makin sedap pula Satay Willey nie. Makin terasa rempah yang digunakan.

Selalunya makan 5 cucuk je dah kenyang. Kali ini entah kenapa aku habiskan belasan cucuk. 

Nak kata lapar, tak lah sangat. Tapi memang aku berselera makan ahaks. Sedap!!

….dan keesokan harinya aku makan lagi satay willey ini. Beli banyak biar makan sampai muak.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *