Pagi yang lengang di Pantai Cenang. Aku memang plan nak keluar awal cz kene mandi awal, nak buang air besar, nak sarapan dan seterusnya nak jalan jalan disekitar Pulau Langkawi.
Aku singgah makan roti canai dan minum teh tarik kat Tamota Nasi Kandar. Rasanya inilah the only one restoran mamak yang ada kat Pantai Cenang ini – kot.
Malas nak fikir banyak cz dalam kepala aku nak buang air dahulu. Lain2 hal fikirkan kemudian.
Sentap cz kat sini tandasnya cuma ada satu sahaja. Campur untuk laki dan perempuan. Kemudian, yang sentapnya diorang kunci tandas tu. Nak masuk, kene ambil kunci di kaunter. Sentap.
Pastu kantoi plak, rupanya pintu tak bertanda yang bersebelahan dengan tandas tu pun toilet jugak. Toilet untuk staff lebih besar berbanding untuk customer ok. Toilet tu pun berkunci jugak.
Sabar je lah. After buang air, boleh lah menikmati roti canai cicah kari dengan aman.