Sabtu dan Ahad, waktu untuk santai di rumah sahaja. Kalau rajin memasak (ada bahan) mesti akan sarapan lempeng. Kalau malas, dok makan luar je. Gerai Al Amin di Bukit Mewah Kajang lah tempatnya. Satu-satunya destinasi sarapan pagi. Menu yang di order pun sama je. Roti telur dan air teh o suam kurang gula.
Serba serbi sedap roti telur disini. Belah petang pula, kalau lapar yang amat aku akan singgah makan kat sini juga. Order nasi putih dan ayam goreng kunyit. Nyum Nyum Nyum.
Oitttt roti telur ni sedap kalau cicah dengan kari kaki ayam + sambal sardin + kuah dal + sambal merah. Lazatnya.
Kedai ini tutup tiap hari ahad (petang) je. Sebab ada pasar malam tidak jauh dari situ.
Tapi tak boleh lah makan selalu. Sebab kalori kan. Lagipun, sia-sia dok lari sana sini tapi makan tak jaga. Risau dengan kandungan lemak tepu pada organ. Medium hokey. Tiap kali makan something berkalori / berminyak mesti dada kanan berdenyut.