Sambal Tumis Jawa

Bulan puasa macam nie, memang pesta masak memasak je di dapur. Bulan lain, agak malas nak memasak. Tapi, bulan Ramadan nie aku terlebih rajin sedikit. Yelah, nak beli makanan di bazaar ramadan, harganya kekadang mahal. Lepas tu rasanya pun sokmo tidak menepati selera. Insan marhaen, jadinya perlulah bijak berjimat cermat huhu.

Salah satu benda yang akan aku masak ialah sambal tumis. Kat kampung, biasa-biasa je. Tapi kat sini kena tambah perkataan ‘jawa’ sebab kat negeri lain tiada (as what i know). Sambal yang guna cili padi. Simple je pun resepinya. Hanya perlukan cili padi, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan garam. Tumbuk sampai agak lumat dan goreng. Settle sudah.

Keenakannya pula, bagi aku ditentukan dengan kualiti, kuantiti dan jenis bahan-bahan yang digunakan. Ikut taste masing-masing lah kan. Macam taste aku, cili padinya agak sedikit je. Lebihkan sedikit bawang putih dan ikan bilis. Jenis ikan bilis pula tak mau kalah. Nak guna ikan bilis mata biru hahaha. Yes, sebab nak makan sendiri kan. Kepuasan untuk diri sendiri tu jangan kedekut sangat.  Nyum nyum nyum

Dengan hanya sambal tumis jawa ini, kita boleh makan bersekali dengan lauk pauk yang lain (beserta nasi panas) seperti ikan masin, telur goreng dan ulam-ulaman sahaja. Kekadang kita mesti naik bosan dengan juadah lauk pauk dan 1001 macam jenis. At the end, kita mesti akan ala-ala back to basic jua. Sebab malas nak mengunyah haha.

Sambal tumis nie tak sedap mana rasanya kalau guna minyak yang sangat sedikit. Kena lebihkan juga. Nak selamat, gunalah minyak zaitun. Tak pun, boleh toskan je minyak tu selepas selesai menggoreng huhu. Settle

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *