Rindu Nak Makan Kimchi Jjigae di Sapoong

Amboi, lama benar tak dapat makan bertemakan Korea di Restaurant Sopoong IOI CityMall Putrajaya. Kali terakhir bila ek? Sebulan sebelum PKP bermula rasanya. Lebih kurang 4 bulan tak makan kimchi hahaha. Kelakar.

Seperti biasa, menu kegemaran aku adalah Kimchi Jjigae Seafood. Ya tuhan, rindunya nak merasai rasa masam kimchi haha. Nyum Nyum Nyum

Kali ini aku ajak Fadzil. Tengok gaya, Dr Jawa ini tak berapa gemar dengan menu Korea. Rasanya, masakan aku lebih memenuhi citarasa dia kot hahaha. Sebab? Dia makan tak habis. Di rumah, kesemua masakan yang aku masak, habis dijamahnya. Pakcik cerewet, memang macam itu gayanya.

Aku sudah cuba buat Kimchi Jjigae ini dirumah. Tapi. tak pernah berjaya. Tak sesedap apa yang aku harapkan. So, maknanya memang kena makan di kedai je lah gamakanya.

Die Hard Fan Kimchi Jjigae Seafood aku ini. Jadi, memang tak order menu selain daripada ini ahaks.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *